350) ISU BANJIR DI SUNGAI MALONG
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Banjir di Sungai Kuang yang melibatkan Kampung Gombak, Kampung Setia, Kampung Melayu Sri Kundang dan Taman Rahmat Jaya. Apakah punca banjir berlaku di kawasan-kawasan ini?
-
Apakah cadangan penyelesaian yang bersifat jangka masa pendek dan jangka masa panjang?
350) BIDANG KUASA LUAS – JETI PENDARATAN IKAN
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Mulut
-
Mohon diperjelaskan peranan dan bidang kuasa Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) : a) Dalam meluluskan tempoh pembinaan sesebuah jeti. b) Dalam menyediakan inventori jumlah jeti bagi seluruh negeri Selangor. c) Dalam penguatkuasaan terhadap pembinaan jeti yang tidak lengkap
350) MENAIKTARAF JALAN-JALAN DI KAWASAN BATANG KALI DAN HULU SELANGOR
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani
Kategori: Bertulis
-
Apakah data secara terperinci nama-nama jalan dan agensi/jabatan kerajaan yang bertanggungjawab terhadap penyelenggaraan jalan-jalan tersebut yang berada di kawasan Hulu Selangor mengikut DUN/ADN yang telah atau belum diwartakan status jalan tersebut mengikut jabatan/agensi kerajaan yang berkaitan?
-
Adakah jalan-jalan tersebut akan dinaiktaraf dan dibaikpulih pada tahun 2025 dan 2026 dan berapakah anggaran kos yang akan dibelanjakan untuk menaiktaraf dan membaikpulih bagi jalan-jalan yang rosak?
350) PELAN MITIGASI BANJIR DI SRI MUDA
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini pelan mitigasi banjir di Taman Sri Muda?
-
Apakah penambahbaikan yang telah dilakukan dan manfaat yang dilihat setakat ini?
-
Adakah kajian lanjut melibatkan pakar tempatan dan antarabangsa dirancang?
350) PENYATA KEWANGAN PKNS
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah keuntungan atau kerugian PKNS bagi tahun berakhir Disember 2022?
350) STATUS CUKAI PINTU
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah status kelulusan Kerajaan Negeri untuk kenaikan cukai pintu di semua PBT di Selangor?
350) PEMBINAAN DEWAN
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri memberikan kebenaran dan menyediakan peruntukan kepada pihak masjid yang ingin membina dewan orang ramai ditapak kawasan masjid?
-
Apakah syarat-syarat dalam permohonan membina dewan ini?
350) BIROKRASI PENDAFTARAN TASKA
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh
Kategori: Bertulis
-
Apakah statistik terkini mengenai jumlah pengusaha taska yang mendaftar berdaftar di Selangor dalam tempoh 2020 sehingga Julai 2024? Dan senaraikan berapa banyak permohonan yang berjaya serta yang ditolak mengikut DUN.
-
Senaraikan prosedur untuk mendaftar taska dan tadika di dalam Selangor dan semua agensi yang terlibat.
-
Apakah garis masa purata untuk pendaftaran taska di Selangor, dan apakah usaha yang sedang dilakukan untuk mengurangkan masa yang diambil untuk meluluskan permohonan?
350) BANTUAN INFRASTRUKTUR SEKOLAH KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri dapat menyenaraikan jumlah sekolah serta jumlah peruntukan yang telah disalurkan daripada tahun 2020 sehingga kini?
-
Apakah kaedah yang digunakan oleh Kerajaan Negeri untuk menggalakkan lebih banyak lagi sekolah-sekolah untuk memohon bantuan tersebut?
351) STADIUM SHAH ALAM
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan nilai, kaedah dan sumber pembiayaan untuk projek pembangunan Stadium Shah Alam, merangkumi kos meroboh dan kos pembangunan semula.