349) MASALAH BANJIR KILAT DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri menangani masalah banjir kilat di Selangor?
-
Apakah projek mitigasi banjir yang telah dimulakan?
-
Bagaimanakah keberkesanan sistem saliran sedia ada dinilai?
349) BANTUAN BENCANA BANJIR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ong Chun Wei
Kategori: Mulut
-
Apakah bentuk bantuan yang disediakan kepada para mangsa yang sering terbabit dalam bencana banjir?
349) LESEN DAN PERMOHONAN PUSAT HIBURAN
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah lesen yang telah diluluskan untuk pusat hiburan di Selangor (senaraikan mengikut DUN) dalam tempoh lima tahun yang lepas? Apakah kadar kelulusan permohonan yang diterima?
-
Apakah kriteria khusus yang digunapakai oleh Kerajaan Negeri dalam menilai dan meluluskan permohonan lesen pusat hiburan? Adakah terdapat penekanan terhadap aspek keselamatan, sosial dan pematuhan undang undang?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk memperbanyakkan pusat hiburan di Selangor dalam mengimbangi permintaan industri hiburan, keperluan ekonomi dan kepentingan kesejahteraan sosial?
349) PERUNTUKAN TAMBAHAN KEPADA AGENSI KERAJAAN TEMPATAN
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Memandangkan sebagai pembayar cukai, penduduk berhak untuk mendapatkan keperluan asas yang baik dan selesa, adakah pihak kerajaan dapat memberikan peruntukan tambahan sebanyak 10% kepada agensi terlibat untuk memantapkan kerja-kerja penyelenggaraan dan baik pulih infrastruktur di DUN Sungai Kandis?
349) INSTITUSI MASJID
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar dan strategi kerajaan untuk memperkasa institusi masjid ?
-
Bagaimanakah boleh direalisasikan hasrat masjid sebagai zon yang aman dari elemen politik kepartian ?
349) PEMBINAAN MASJID LESTARI PUTRA DAN SEKOLAH SRA PUCHONG UTAMA
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Abbas Salimmi Bin Che Adzmi @ Azmi
Kategori: Mulut
-
Merujuk kepada pembentangan belanjawan 2024. JAIS diperuntukkan RMK 12 Kod Projek 1303 ( SRA PUCHONG UTAMA ) dan Vot P14 JAIS Kod Projek 03111 ( Masjid Taman Lestari Putra). Apakah status projek ini yang menggunakan peruntukkan RMK 12?
349) PEMBANGUNAN BERSEPADU DI WILAYAH SELATAN SELANGOR (IDRISS)
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin
Kategori: Bertulis
-
Apakah status pembangunan dan perancangan dana modal untuk kawasan perindustrian seluas 2000 ekar tanah di Sepang di bawah rancangan selangor IDRISS?
349) DEWAN ORANG RAMAI BANDAR TASIK PUTERI
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Apakah status pembinaan dewan orang ramai Bandar Tasik Puteri yang dijanjikan dan bilakah tarikh ianya dijangka siap?
-
Adakah dewan ini berkonsepkan "multi-purpose court"?
-
Berapakah keluasan dan kapasiti dewan dalam satu-satu masa?
350) ISU BANJIR DI SUNGAI MALONG
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Banjir di Sungai Kuang yang melibatkan Kampung Gombak, Kampung Setia, Kampung Melayu Sri Kundang dan Taman Rahmat Jaya. Apakah punca banjir berlaku di kawasan-kawasan ini?
-
Apakah cadangan penyelesaian yang bersifat jangka masa pendek dan jangka masa panjang?
350) MENAIKTARAF JALAN-JALAN DI KAWASAN BATANG KALI DAN HULU SELANGOR
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani
Kategori: Bertulis
-
Apakah data secara terperinci nama-nama jalan dan agensi/jabatan kerajaan yang bertanggungjawab terhadap penyelenggaraan jalan-jalan tersebut yang berada di kawasan Hulu Selangor mengikut DUN/ADN yang telah atau belum diwartakan status jalan tersebut mengikut jabatan/agensi kerajaan yang berkaitan?
-
Adakah jalan-jalan tersebut akan dinaiktaraf dan dibaikpulih pada tahun 2025 dan 2026 dan berapakah anggaran kos yang akan dibelanjakan untuk menaiktaraf dan membaikpulih bagi jalan-jalan yang rosak?