348) CUKAI INDUSTRI DAN CUKAI TANAH DI HULU SELANGOR
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani
Kategori: Bertulis
-
Apakah data secara terperinci jumlah cukai taksiran dan cukai tanah yang dibayar oleh setiap syarikat Industri Berat dan Ringan yang ada di Hulu Selangor mengikut DUN/ADN untuk tahun 2024 dan tahun 2025?
-
Berapakah jumlah pekerja warga tempatan dan warga asing yang bekerja di syarikat-syarikat industri yang ada di Hulu Selangor mengikut nama-nama syarikat tersebut secara terperinci?
348) ENAKMEN PERLADANGAN UNGGAS (NEGERI SELANGOR) 2007
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk membuat pindaan terhadap peruntukan Enakmen Perladangan Unggas (Negeri Selangor) 2007 bagi mewajibkan penggunaan reban tertutup sebagai syarat utama mendapatkan lesen penternakan?
348) KEDIAMAN TIDAK TERJUAL (OVERHANG VOLUME)
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Bertulis
-
Apakah statistik kediaman tidak terjual (overhang volume) bagi Negeri Selangor berbanding statistik kediaman tidak terjual (overhang volume) hasil pembangunan anak-anak syarikat Kerajaan Negeri untuk setiap suku tahun bermula 2021 sehingga kini?
348) ISU PEMBASMIAN KEMISKINAN
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani
Kategori: Mulut
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk membantu golongan fakir miskin (penerima JKM atau Zakat) ke kategori golongan B40?
-
Apakah rancangan dan pelaksanaan yang telah dibentuk oleh kerajaan untuk membantu golongan ini dalam jangka masa pendek dan panjang?
348) PEMBANGUNAN KAMPUNG BARU
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Puan Pua Pei Ling
Kategori: Mulut
-
Berapakah peruntukan yang telah digunakan dalam pembangunan kemudahan infrastuktur di sekitar kawasan kampung baru antara tahun 2018-2023?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi penyaluran peruntukan kecemasan untuk membaikpulih kemudahan infrastuktur yang rosak akibat bencana alam mahupun musim air pasang surut laut?
348) HARGA BARANG MAKANAN HARIAN
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani
Kategori: Mulut
-
Apakah Usaha Kerajaan Negeri untuk mengawal harga barangan makanan barangan keperluan tidak dinaikkan sewenang-wenangnya?
-
Sejauh manakah keberkesanan kaedah yang digunakan oleh Kerajaan Negeri dapat membantu meringankan bebanan rakyat terhadap isu kenaikan harga barang makanan dan keperluan harian?
348) SELANGOR MOBILITI DI LUAR BANDAR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan data terkini mengenai liputan perkhidmatan pengangkutan awam di kawasan luar bandar di Selangor. Berapakah peratusan kawasan luar bandar yang tidak diliputi oleh rangkaian pengangkutan awam sedia ada?
-
Senaraikan data di kawasan DUN Permatang mengenai kawasan atau laluan spesifik di luar bandar yang paling kritikal dan memerlukan intervensi segera untuk perkhidmatan pengangkutan seperti Selangor Mobiliti.
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memperluaskan perkhidmatan Selangor Mobiliti dan memperuntukkan perkhidmatan ini untuk kegunaan murid sekolah di luar bandar?
349) PEMBINAAN MASJID LESTARI PUTRA DAN SEKOLAH SRA PUCHONG UTAMA
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Abbas Salimmi Bin Che Adzmi @ Azmi
Kategori: Mulut
-
Merujuk kepada pembentangan belanjawan 2024. JAIS diperuntukkan RMK 12 Kod Projek 1303 ( SRA PUCHONG UTAMA ) dan Vot P14 JAIS Kod Projek 03111 ( Masjid Taman Lestari Putra). Apakah status projek ini yang menggunakan peruntukkan RMK 12?
349) PEMBANGUNAN BERSEPADU DI WILAYAH SELATAN SELANGOR (IDRISS)
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin
Kategori: Bertulis
-
Apakah status pembangunan dan perancangan dana modal untuk kawasan perindustrian seluas 2000 ekar tanah di Sepang di bawah rancangan selangor IDRISS?
349) INSTITUSI MASJID
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar dan strategi kerajaan untuk memperkasa institusi masjid ?
-
Bagaimanakah boleh direalisasikan hasrat masjid sebagai zon yang aman dari elemen politik kepartian ?