347) PENGUKUHAN PERJAWATAN DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Pang Sock Tao
Kategori: Mulut
-
Apakah Perancangan Kerajaan Negeri dalam membantu Pihak Berkuasa Tempatan yang baharu dinaiktaraf kepada Bandaraya dan Perbandaran untuk pengukuhan perjawatan di PBT tersebut?
-
MPHS mempunyai jumlah kakitangan yang sedikit berbanding PBT berstatus Perbandaran lain, adakah kerajaan berhasrat meningkat jumlah kakitangan MPHS?
347) WAKAF
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha yang telah dilakukan dan perancangan masa hadapan Kerajaan Negeri Selangor dalam memperkasakan institusi wakaf untuk manfaat rakyat?
347) LESEN PERNIAGAAN LUAR BANDAR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah permohonan lesen perniagaan yang diluluskan dan ditolak oleh Majlis Perbandaran Kuala Selangor dalam tempoh 12 bulan yang lalu.
-
Senaraikan kriteria spesifik yang menyebabkan permohonan lesen perniagaan sering ditolak, dan berapa ramai pemohon yang terjejas akibat kekangan tersebut dalam tempoh 12 bulan yang lalu?
-
Adakah Kerajaan Negeri merancang penambahbaikan dari segi polisi untuk mengurangkan halangan birokrasi dalam mendapatkan lesen perniagaan terutama sekali bagi peniaga luar bandar?
347) PENTERNAK
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan
Kategori: Mulut
-
Apakah pelan tindakan kerajaan untuk memberikan penggalakkan kepada penternak kecil bagi haiwan tenusu dapat menjalankan penternakan mereka dengan lebih baik dan berkesan?
-
Adakah tanah disediakan untuk kegiatan penternakan dan status serta berapa penternak telah dipindahkan ke Olak Lempit, Kuala Langat?
347) HOSPITAL DAN KLINIK KESIHATAN
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin
Kategori: Bertulis
-
Hospital-hospital di Selangor berhadapan dengan situasi kekurangan doktor latihan siswazah yang kronik, apa perancangan Kerajaan Negeri dan Jabatan Kesihatan untuk atasi masalah ini?
-
Senaraikan jumlah doktor dan kakitangan yang terisi mengikut penjawatan disediakan KKM di semua Hospital Kerajaan dan Klinik Kesihatan Negeri Selangor.
347) KAMPUNG TRADISI MELAYU
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Adakah sebarang perancangan untuk menambah dan mengiktiraf kampung tradisi sedia ada?
-
Apakah terdapat sebarang usaha untuk projek pembesaran ataupun menaik taraf Kampung Tradisi Melayu sedia ada?
348) MB INCOPORATED (MBI)
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin
Kategori: Bertulis
-
Apakah rasional penstrukturan atau "restructuring" semula anak-anak syarikat MBI dan apakah dan bilakah jaminan pulangan yang akan dihasilkan oleh MBI kepada Kerajaan Negeri hasil daripada penstrukturan semula ini?
348) PERSEMPADANAN SEMULA KAWASAN PILIHANRAYA
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk membuat persempadanan semula kawasan pilihan raya?
348) ISU INSINERATOR DI BATU ARANG
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri telah meluluskan projek ini serta berapakah keluasan tanah yang akan digunakan?
-
Berapakah kapasiti "tan" sampah yang akan diproses setiap hari serta bagaimana pihak Kerajaan Negeri dapat memastikan pencemaran tidak berlaku dalam operasi insinerator?
-
Kenapakah Batu Arang dicadangkan untuk projek insinerator walaupun ia berdekatan dengan kawasan penempatan Bandar Tasik Puteri dan Kota Puteri yang padat?
348) PILIHANRAYA KERAJAAN TEMPATAN
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah status perlaksanaan Pilihanraya Kerajaan Tempatan?
-
Siapakah yang akan mengetuai agensi pelaksanaan pilihanraya kerajaan tempatan ini?