345) GERAN TANAH
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Masih terdapat rakyat di DUN Kuang yang belum menerima geran tanah khususnya di Blok E, Kg Melayu Sri Kundang. Berapakah jumlah keseluruhan pemohon di kawasan tersebut?
-
Mohon senaraikan jumlah yang telah menerima geran tanah serta jumlah pemohon yang masih dalam tempoh menunggu?
-
Apakah punca kelewatan proses penyerahan geran di kawasan tersebut?
345) PEWARTAAN SAR,SRA,KAFA,SURAU DAN MASJID
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani
Kategori: Bertulis
-
Apakah senarai nama secara terperinci SAR,SRA,KAFA,Surau dan Masjid yang ada mengikut Daerah di Selangor dan DUN?
-
Apakah data terperinci status tanah SRA,SAR,KAFA, Masjid dan Surau yang telah di wartakan, belum diwartakan dan dalam proses pewartaan mengikut Daerah dan DUN di Selangor terkini tahun 2024/2025?
345) SKIM BAYARAN PAMPASAN (EX-GRATIA) KEPADA KELUARGA MANGSA TANAH RUNTUH
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur
Kategori: Mulut
-
Apakah keputusan Kerajaan Negeri atas permintaan pemberian Ex-gratia kepada mangsa yang terlibat dalam kes tanah runtuh Taman Bukit Permai tahun 2022 yang tidak dapat tuntutan pampasan daripada syarikat insurans?
345) KAWASAN BROWNFIELD
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani
Kategori: Bertulis
-
Apakah kaedah penyelesaian awal dalam jangka masa 3 tahun untuk menangani isu kawasan-kawasan brownfield di Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa Batang Kali?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor untuk memajukan kawasan-kawasan brownfield di Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa Batang Kali dalam tempoh masa 3 tahun?
346) PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN ANAK-ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani
Kategori: Bertulis
-
Apakah data terperinci perbandingan jumlah pendapatan anak-anak Syarikat Kerajaan Negeri Selangor daripada tahun 2016 sehingga tahun 2022?
-
Apakah data terperinci jumlah pendapatan dan perbelanjaan anak-anak Syarikat Kerajaan Negeri Selangor daripada tahun 2016 sehingga tahun 2022?
346) SELANGOR SOFT LANDING PROGRAMME
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin
Kategori: Mulut
-
Berapakah sasaran awal dan jumlah pelaburan yang berjaya dibawa masuk melalui Selangor Soft Landing Programme setakat 2024?
346) PENYELENGGARAAN PERPARITAN DAN SALIRAN AIR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah pemantauan yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan isu penyelenggaraan, pembersihan perparitan dan saliran air dengan masalah dipenuhi dengan penumbuhan rumput liar dan sampah sarap?
-
Apakah langkah yang diambil oleh PBT dalam menyelesaikan isu ini?
346) PEMBANGUNAN PROGRAM-PROGRAM DAKWAH ISLAMIAH DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin
Kategori: Mulut
-
Nyatakan agensi kerajaan yang ditugaskan menjalankan kerja-kerja dakwah kepada bukan islam.
-
Nyatakan agensi kerajaan yang memberi khidmat sokongan psikososial kepada sahabat baru yang memeluk islam.
346) JALAN PERHUBUNGAN UNTUK MASUK KE KAWASAN KG BUKIT DAMAR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh
Kategori: Bertulis
-
Kg Bukit Damar terdiri dari kampung melayu dan orang asli. Kedudukannya diantara Cyberjaya dan Cyber Valley tetapi tiada akses jalan yang betul. Apakah langkah kerajaan supaya kawasan tersebut boleh diakses dari jalan besar?
-
Adakah Kerajaan merancang untuk membuat jalan perhubungan diantara Cyberjaya dan Cyber Valley memandangkan jalan sedia ada terlalu sesak di waktu kemuncak?
346) PENGGANTIAN PAIP-PAIP LAMA
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Mulut
-
Prestasi Air Selangor dari aspek mengganti paip-paip lama setiap tahun dilaporkan merosot dalam tahun 2021 dan 2022 dengan jumlah penggantian masing-masing sejauh 96.8 km dan 65.5 km sahaja berbanding dengan sasaran Air Selangor sejauh 150 km setahun. Apakah punca kegagalan?