343) PELAJAR UNISEL
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh
Kategori: Bertulis
-
Berapakah bilangan dan peratus anak Selangor yang belajar di UNISEL?
-
Pecahkan bilangan anak Selangor di UNISEL mengikut kaum dan DUN?
-
Nyatakan peratusan pelajar yang berjaya menamatkan pelajaran di UNISEL?
343) TENAGA SOLAR
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin
Kategori: Bertulis
-
Kerajaan Negeri di dalam belanjawan lepas telah mengumumkan hasrat Kerajaan Negeri untuk memperluaskan penggunaan dan penjanaan tenaga solar sebagai sumber tenaga baru yang lestari;
-
Nyatakan jumlah tahap pelaksanaan dan pemasangan panel solar di bangunan dan premis kerajaan negeri yang telah dimulakan.
-
Berapakah jumlah solar farm yang dicadang untuk dibina oleh Kerajaan Negeri mahupun syarikat berkaitan kerajaan negeri serta berapakah anggaran kapasiti megawatt tenaga yang akan daripada solar farm ini?
344) PORTFOLIO BELIA DAN SUKAN
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar portfolio Belia dan Sukan kini?
-
Apakah ada sebarang perubahan berbanding pentadbiran lalu?
-
Bagaimanakah dasar ini dapat memacu pembangunan Belia dan Sukan negeri?
344) MEMBAIKI LONGKANG PECAH
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah piawaian atau KPI MBPJ untuk membaiki aduan longkang pecah kecil (kos pembaikian adalah kurang daripada RM20,000)?
-
Mengikut piawaian tersebut, apakah prestasi pencapaian MBPJ untuk semua aduan longkang pecah pada tahun 2023?
344) HOSPITAL DAN KLINIK KESIHATAN
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin
Kategori: Bertulis
-
Apakah Kerajaan Negeri menyediakan sebarang peruntukan khusus untuk menaik taraf kemudahan Klinik Kesihatan di bawah KKM di Negeri Selangor? Jika Ya, sila perincikan.
344) MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA (MBPJ)
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin
Kategori: Bertulis
-
Di Taman Medan, ada banyak dewan-dewan komuniti di bawah kawal selia Majlis Bandaraya Petaling Jaya;
-
Senaraikan kesemua kemudahan fasiliti ini di DUN Taman Medan, kadar sewaannya dan berapakah kutipan hasil dari sewaan dewan-dewan komuniti ini?
-
Apakah ADN Perikatan Nasional dibenarkan untuk menggunakan dewan-dewan ini bagi tujuan program komuniti?
344) ZAKAT SELANGOR
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani
Kategori: Bertulis
-
Apakah data terpeinci penerima bantuan zakat Selangor secara bulanan mengikut DUN dan Daerah pada tahun 2024/2025 yang terkini?
-
Apakah data terkini bantuan-bantuan kewangan yang boleh Pusat Zakat salurkan kepada SAR,SRA,KAFA,Surau Masjid dan Institusi Pendidikan? Dan bagaimana mekanisma atau kaedah yang digunakan oleh Pusat Zakat Selangor atau Daerah untuk setiap permohonan?
344) PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz
Kategori: Mulut
-
Adakah kebenaran khusus telah diberikan kepada kenderaan berat untuk melalui jalan-jalan kampung?
-
Adakah had masa, muatan dan hari yang diberikan untuk melalui jalan-jalan kampung?
344) MENAIKTARAF DAN MEMBAIKPULIH PADANG AWAM
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor boleh memberikan peruntukan khas untuk pembangunan infrastruktur sukan dan rekreasi di kawasan Batang Kali pada tahun 2024 dan tahun 2025?
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk menaiktaraf dan membaikpulih padang-padang awam di kawasan Batang Kali untuk kegunaan masyarakat setempat?
344) PELABURAN
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan jumlah pekerja asing di Negeri Selangor.
-
Sila nyatakan pecahan pekerja asing mengikut sektor industri kerja.
-
Apakah insentif untuk kilang menggalakkan penggunaan automasi, AI dan IOT untuk mengurangkan tenaga pekerja asing?