342) PERBADANAN KEMAJUAN PERTANIAN SELANGOR (PKPS)
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah Tanah yang dibawah pengurusan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) mengikut daerah di Selangor?
-
Berapakah jumlah Tanah PKPS yang tidak diusahakan mengikut Daerah dan Kawasan ADN di Selangor?
-
Berapakah jumlah Tanah PKPS yang dimajukan dalam Sektor Pertanian mengikut Daerah di Selangor?
342) TEKANAN AIR RENDAH
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Masalah tekanan air rendah kerap berlaku di sekitar Taman Berjaya, Seksyen 32 Shah Alam. Apakah puncanya?
-
Nyatakan pelan jangka pendek dan panjang bagi mengatasi masalah tekanan air rendah di DUN Sungai Kandis.
342) TESLA DI SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
-
Nyatakan status kemasukan syarikat Tesla ke Selangor.
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran dan bergaji tinggi dengan kemasukan Tesla?
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk memastikan terdapat "knowledge and technology transfer" melalui kemasukan Tesla?
342) PELAN PEMBAHARUAN KAWASAN PERUMAHAN
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha Kerajaan Selangor untuk menjadikan kawasan perumahan khususnya penempatan rumah-rumah kos rendah lama supaya menjadi penempatan lebih kondusif dan dapat memenuhi keperluan penduduk setempat?
-
Berapa banyakkah peruntukan yang disediakan untuk tujuan menaiktaraf fasiliti dan kemudahan penempatan yang sedia ada?
342) INFRASTRUKTUR KAMPUNG SRI SENTOSA, MUKIM IJOK
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri beserta garis masa dalam mewujudkan infrastruktur sistem perparitan asas di Kampung Sri Sentosa, Mukim Ijok?
342) MENAIK TARAF DAN MENYELIA JALAN-JALAN DI SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk memantau keadaan dan mengkaji semula spesifikasi jalan terutamanya jalan raya yang digunakan oleh kenderaan berat?
-
Adakah masih relevan jalan yang dibina 8T-10T sedangkan laluan ini digunakan oleh jentera melebihi had?
342) PEMBANGUNAN SUKAN BOLA SEPAK SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh
Kategori: Bertulis
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri dalam pembangunan bola sepak Negeri Selangor dan apakah perancangan untuk memperbaiki kedudukan bola sepak Selangor di Malaysia?
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk mewujudkan program untuk melahirkan pelapis yang terdiri dari anak jati Negeri Selangor dari peringkat sekolah rendah?
-
Senaraikan perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri dalam membantu pembangunan sukan bola sepak di DUN Permatang sejak tahun 2018 sehingga terkini.
342) SUSTAINABLE DEVELOPMENT GOALS
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin
Kategori: Bertulis
-
Apakah tahap pencapaian pelaksanaan Sustainable Development Goal di peringkat Kerajaan Negeri, agensi dan syarikat berkaitan kerajaan negeri Selangor?
342) PENSTRUKTURAN DAN PERJANJIAN AIR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila huraikan perkembangan terkini penstrukturan industri air Negeri Selangor?
-
Sila Kemukakan terma-terma perjanjian air di antara Kerajaan Negeri dan KETTHA?
-
Sila nyatakan apakah kesan jangka pendek dan jangka panjang terhadap kepentingan rakyat Selangor?
342) RIZAB TANAH MELAYU YANG HILANG
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah terkini rizab tanah melayu yang hilang mengikut daerah dan DUN di Selangor?
-
Berapakah jumlah terkini tanah yang telah digantikan sebagai tanah rizab melayu yang hilang mengikut daerah dan DUN di Selangor?