339) PROGRAM MAKANAN SIHAT
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan berhasrat untuk melancarkan program Makanan Sihat seperti kempen "Perang Terhadap Gula" dan /atau melantik pakar nutrisi di semua agensi kerajaan yang mempunyai kantin?
339) PERTANIAN DAN PENTERNAKAN MODEN BERKEBAJIKAN
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani
Kategori: Bertulis
-
Apakah strategi Kerajaan Negeri Selangor dalam membantu membangunkan hub pertanian dan penternakan di Selangor ?
-
Bilakah kerajaan Negeri Selangor akan membina satu pusat atau hub pengumpulan hasil pertanian dan penternakan tanpa melalui "orang tengah" bagi mengoptimumkan pendapatan para petani dan penternak di Selangor khususnya di Hulu Selangor?
-
Apakah Insentif dan Dana yang disediakan untuk menggalakan orang Muda menceburi bidang pertanian dan penternakan di kawasan Hulu Selangor khususnya Batang Kali?
339) PENGUSAHA AGRO-PELANCONGAN DI KAWASAN SAWAH
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh
Kategori: Mulut
-
Mengapa proses mendapatkan lesen perniagaan agro-pelancongan yang menggunakan tapak sawah begitu rumit sedangkan sektor ini penting untuk menjana ekonomi tempatan?
-
Adakah Kerajaan Negeri menyediakan khidmat nasihat dan sokongan kepada pengusaha agro-pelancongan yang tidak berpengalaman dalam menguruskan proses perlesenan yang kompleks?
339) KEADAAN BANJIR DI KAWASAN BUKIT DUKUNG, KAJANG
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mengurangkan risiko banjir di Bukit Dukung?
-
Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Projek MRT telah ditubuhkan di peringkat PBT sejak tahun 2013. Adakah jawatankuasa ini berkesan? Kerana banjir masih lagi berlaku selepas pembinaan MRT tersebut.
339) STATUS BLOK BANGUNAN SEKOLAH TERBIAR MILIK YAYASAN SELANGOR DI KAMPUNG SERI TANJUNG DENGKIL.
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh
Kategori: Bertulis
-
Apakah rancangan kerajaan untuk mengguna pakai semula blok bangunan terbiar ini supaya dapat menampung keperluan sekolah agama di Dengkil?
-
Apakah punca blok bangunan ini terbiar dan apakah langkah seterusnya oleh pihak kerajaan?
339) PENGANGGURAN LUAR BANDAR
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh
Kategori: Mulut
-
Apakah Dasar Kerajaan Negeri dalam membantu sektor pertanian dan perladangan bagi membantu mengurangkan kadar pengangguran di luar bandar?
-
Selain dari pertanian, adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk memberi lebih peluang ekonomi baru seperti perindustrian dan pelancongan di Kawasan Tanjong Karang?
340) MENCEGAH BANJIR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan jumlah kawasan hotspot banjir yang ada di seluruh Negeri Selangor dan apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri bagi menghadapi cabaran banjir yang turut terjadi akibat perubahan iklim.
340) ISU MOT DI BANDAR PUTRA PERDANA
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh
Kategori: Bertulis
-
Apakah maklumat terkini berkenaan blok blok yang masih belum mendapat MOT di Bandar Putra Perdana samada perumahan teres mahupun pangsapuri?
-
Jelaskan kenapa masih belum dapat diselesaikan dengan segera isu MOT di Putra Perdana ini?
340) SABDA
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari
Kategori: Mulut
-
Projek penaiktarafan infrastruktur bangunan Pusat Konvervasi Kelip-kelip Sungai Panjang siap sepenuhnya, apakah bentuk promosi dan pengiklanan yang telah dilakukan SABDA untuk menarik pelancong datang?
-
Apakah status terkini 18 projek di bawah SABDA serta nyatakan projek telah mencapai 80% semenjak dilaksanakan?
340) PROJEK MADU KELULUT
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan berkaitan dengan projek ini?
-
Berapa peserta yang terlibat dan telah berjaya?
-
Apakah proses permohonan untuk tujuan ini dan berapa lama untuk diluluskan?