26) TEBATAN BANJIR DI KAMPUNG SERI KELEDANG
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Mengapakah pihak JPS Hulu Selangor gagal membaiki ban yang rebak di Kg.SeriKeledang,walaupun aduan telah dibuat oleh penduduk?
-
Pembinaan tebatan banjir dihilir KgSeriKeledang dibuat walaupun tidak pernah dipohon oleh penduduk. Malah,tebatan tersebut dibina dikawasan kebun yang tidak didiami.Nyatakan justifikasi pembinaan tersebut.
26) STANDCO
Tahun: 2012
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan nama dan senarai anggota STANDCO yang terdapat pada Kerajaan.
26) SENI DAN BUDAYA NEGERI SELANGOR
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Bertulis
-
Apakah bidang-bidang seni yang ketara dan menonjol di negeri Selangor?
-
Bidang-bidang seni yang manakah patut diberi keutamaan di negeri Selangor?
-
Setakat ini sejauh manakah kejayaan yang dicapai di dalam mempromosikan seni di negeri Selangor?
26) MASALAH JALAN-JALAN
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Bertulis
-
Bagaimanakah kerajaan negeri menyelesaikan masalah jalan-jalan antara taman, jalan-jalan majlis, jalan-jalan negeri dan jalan-jalan persekutuan yang berlopak, berlubang dan mendap akibat kerja-kerja tambakan dan penurapan yang tidak berkualiti ?
-
Bagaimanakah pengurusan tanggungjawab antara majlis, JKR negeri dan JKR pusat dalam memantau projek pembangunan dan pembinaan infrastruktur negeri?
26) PEMBANGUNAN USAHAWAN MUDA
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan kerajaan negeri terhadap Pembangunan Usahawan kalangan golongan muda?
-
Nyatakan pencapaian dalam tempoh 2008-2010
-
Berapakah peruntukkan yang diberikan untuk pembangunan usahawan muda dan perincikan.
26) PEMBANGUNAN DI KAWASAN SUNGAI BUAYA, BUKIT BERUNTUNG, BANDAR BUKIT SENTOSA
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Mohd Isa Bin Abu Kasim
Kategori: Mulut
-
Terdapat pihak yang ingin memajukan dan melaksanakan pembangunan di kawasan seperti Sungai Buaya, Bukit Beruntung, Bandar Bukit Sentosa. Setelah beberapa tahun dalam pemerintahan Kerajaan Negeri, tanah Sungai Buaya masih tiada apa-apa perancangan dan tindakan yang dilaksanakan. Bagaimanakah kerajaan negeri merancang ? Mengapa dan kenapa perlu dirampas tanah tersebut ?
-
Apakah perancangan dan tindakan kerajaan negeri bagi memulihkan imej Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa setelah pihak kerajaan mengambil alih hutang Talam Corp ?
-
Apakah infra yang akan dilaksana oleh pihak kerajaan di Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa ?
26) MASALAH SOSIAL
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Abd Rahman Bin Palil
Kategori: Mulut
-
Masalah sosial seperti gejala pembuangan bayi tetap berlaku di Selangor walaupun telah diperintah oleh Pakatan Rakyat. Apakah mekanisme kerajaan untuk membanteras masalah sosial?
-
Sejauh manakah keberkesanan dan kejayaan untuk mengatasi masalah ini?
-
Apakah halangan-halangan yang dihadapi bagi gejala ini?
26) SKIM PEMILIKAN TANAH
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Apakah rasional kerajaan Negeri memberi peluang pemilikan tanah bagi pemohon-pemohon berkelayakan?
-
Berapakah jumlah pemohon yang telah diluluskan pemilikan tanah mengikut daerah?
-
Apakah keperluan dan syarat-syarat pemberi milikan ini?
26) BAS SMART SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk mengoptimumkan penggunaan Bas Smart Selangor, memandangkan penggunaan bas tersebut masih rendah?
-
Bolehkah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengkaji semula laluan Bas Smart Selangor berdasarkan pandangan dan soal selidik (servey) orang awam?
26) PENUBUHAN JAWATANKUASA AUDIT LUAR UNTUK SETIAP PIHAK BERKUASA TEMPATAN DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Tan Pok Shyong
Kategori: Mulut
-
Sama ada Jawatankuasa Audit Luar untuk setiap kawasan PBT telah ditubuhkan? Sekiranya ya sila nyatakan tarikh penubuhan dan siapakah ahliahli Jawatankuasa tersebut.
-
Bilakah Jawatankuasa Audit Luar bagi Majlis Perbandaran Klang akan ditubuhkan dan sama ada saya akan dilantik sebagai ahli Jawatankuasa tersebut?