338) PUSAT KOMUNITI DAN AMENITI SOSIAL
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya
Kategori: Mulut
-
Apakah status baik pulih dan menaik taraf infrastruktur usang dan daif di kawasan DUN Bukit Melawati?
-
Berapakah jumlah Pusat Komuniti dan Ameniti Sosial di kawasan desa yang dicadang akan dibangunkan oleh pihak kerajaan dalam tahun ini?
338) PRESTASI KUMPULAN PERANGSANG SELANGOR BERHAD
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Nyatakan pendapatan dan keuntungan kumpulan dan anak syarikatnya pada tahun 2014?
-
Apakah nama, nilai serta lokasi projek kendalian Kumpulan Perangsang serta anak syarikatnya?
338) BIASISWA DAN PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah pemberian pinjaman Pendidikan Yayasan Selangor dan bilangan Penerima Pinjaman Pendidikan Yayasan Selangor daripada tahun 2020 sehingga Jun 2024 mengikut kategori Pendidikan (rendah, menengah dan universiti).
-
Senaraikan jumlah pemberian biasiswa Pendidikan Yayasan Selangor dan bilangan Penerima Biasiswa Pendidikan Yayasan Selangor daripada tahun 2020 sehingga Jun 2024 mengikut kategori Pendidikan (rendah, menengah dan universiti).
338) PELEBARAN JALAN UTAMA KAMPUNG SUNGAI TENGAR, SABAK BERNAM
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Mulut
-
Bilakah Kerajaan Negeri akan melebarkan jalan utama Kampung Sungai Tengar Sabak Bernam?
-
Berapakah kos sebenar pelebaran jalan tersebut sepertimana Bajet Selangor 2016?
338) KESIHATAN
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin
Kategori: Bertulis
-
Negeri Selangor baru-baru ini menjuarai carta jumlah kes denggi di seluruh negara. Sila senaraikan tahap penularan wabak denggi di negeri Selangor semenjak Jun 2023 sehingga sekarang;
-
Nyatakan secara terperinci langkah atau program yang telah dan bakal dilaksanakan bagi memerangi wabak denggi di negeri Selangor.
-
Nyatakan juga inisiatif baru yang ingin dibawa YB Exco Kesihatan yang baru bagi memerangi wabak denggi di negeri Selangor.
338) KEGIATAN TEKSI HARAM
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan PBT terhadap kebanjiran teksi haram di bandar-bandar utama di Selangor?
-
Adakah PBT mengambil kira kesulitan yang dihadapi oleh pemandu teksi berkaitan dengan hentian teksi untuk mengambil penumpang?
338) JALAN LORONG MELATI (B25)
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Keadaan jalan Lorong Melati (B25) yang menghubungkan Bukit Rahman Putra dan Kundang sangat tidak memuaskan dan telah mengakibatkan banyak kemalangan jalanraya, apakah tindakan pihak kerajaan negeri untuk mengatasi masalah ini dari terus berulang?
338) ISU GISB
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan terkini berkenaan kemajuan pendidikan dan program pembangunan untuk kanak-kanak GISBH?
338) PENGECUALIAN CUKAI PINTU RUMAH KOS RENDAH, KAMPUNG TRADISI DAN BAGAN
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk mengecualikan cukai Pintu rumah kos rendah, Kampung Tradisi dan Kampung Bagan untuk dalam tempoh tahun 2024 dan 2025 di seluruh Selangor?
-
Berapakah jumlah hasil kutipan cukai pintu untuk rumah kos rendah, Kampung Tradisi dan Kampung Bagan pada tahun 2021 dan 2022 mengikut data statistik kutipan hasil berdasarkan daerah di Selangor?
338) SKIM BANTUAN SEKOLAH
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Lwi Kian Keong
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri akan menetapkan setahun 2 kali untuk skim bantuan sekolah?