337) INFRASTRUKTUR TEMPAT LETAK KENDERAAN
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Adakah tempat letak kendereaan (TLK) di kawasan perniagaan BTP akan dibiarkan seperti sekarang tanpa bebendul (berb) sebagai sempadan antara TLK dan longkang atau pihak kerajaan ada rancangan pada masa akan datang bagi mengelakkan kejadian kereta terbabas dari berlaku?
337) STATISTIK PERMOHONAN PROGRAM BINGKAS SEHINGGA TAHUN 2024: JUMLAH DITOLAK DAN ALASAN PENOLAKAN
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah permohonan keseluruhan program BINGKAS hingga 2024 dan berapakah permohonan dengan jumlah yang ditolak?
-
Nyatakan alasan-alasan permohonan yang ditolak.
337) STATUS PROGRAM JELAJAH EHSAN RAKYAT SELANGOR UNTUK GOLONGAN B40
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah peruntukan yang telah disalurkan untuk sumbangan program Jelajah Ehsan Rakyat Selangor terutama golongan B40?
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk meneruskan bantuan tersebut?
337) BALAI RAYA
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai bajet untuk membaiki balai raya yang tidak terurus?
-
Mengapakah banyak balai raya tidak diselenggara dengan baik oleh JKKK?
337) PENYELESAIAN BANJIR KILAT
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah kerajaan untuk menyelesaikan masalah banjir kilat untuk jangka panjang, jangka pendek dan semasa di Taman Perepat Indah, Kampung Bukit Kapar dan Kampung Tanjung Syawal?
337) AIR SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha holistik Kerajaan Negeri melalui Air Selangor untuk mengelakkan masalah paip pecah di kawasan Prima Sri Gombak dan apakah jaminan masalah ini tidak akan berulang?
337) PEMAIN BOLA SEPAK SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Izuan Bin Ahmad Kasim
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri bagi menjaga keselamatan pemain Selangor selepas ini?
-
Apakah bantuan yang disalurkan oleh kerajaan terhadap Faisal Halim?
337) MASALAH PUNGUTAN SAMPAH
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk menghentikan aktiviti sampah haram di kawasan DUN Dengkil ini?
-
Apakah tindakan yang akan dilakukan dengan pembuangan sampah haram yang tidak terkawal ini di kawasan tanah persendirian dan tanah simpanan kerajaan di kawasan DUN Dengkil ini?
337) PENGURUSAN KUTIPAN SAMPAH DI PASAR BASAH
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah kerajaan negeri untuk memastikan pengurusan kutipan sampah di pasar-pasar basah di bawah kelolaan pihak berkuasa tempatan (PBT) dapat diuruskan dengan baik terutamanya dari sudut kebersihan dan bau busuk?
337) PRESTASI ANAK SYARIKAT / GLC SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Nyatakan prestasi keuntungan sebelum dan selepas cukai bagi setiap anak syarikat / GLC pada tahun 2014?
-
Berapakah nilai sumbangan anak-anak syarikat kepada kewangan negeri pada tahun 2014?