336) PERLAKSANAAN PROGRAM INSAN SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin
Kategori: Bertulis
-
Bagi tahun 2024, adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mencarum semula Skim Insuran INSAN bagi rakyat Selangor dan diberikan sekali lagi hak pembelian premium insuran kepada Syarikat Wavpay Fintech seperti sebelum ini?
336) MENGURANGKAN PENGGUNAAN BEKAS POLISTERENA
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah persediaan kerajaan serta pejabat agensi kerajaan negeri dalam melarangkan penggunaan bekas Polisterena?
-
Apakah usaha kerajaan dalam menjalankan penyelidikan dan pembangunan terhadap produk mesra alam bagi menggantikan bekas Polisterena?
336) KESESAKAN DI PUSAT BANDAR TASIK PUTERI
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Jalan utama yang menghubungkan 2 buah sekolah rendah, 1 sekolah menengah, 1 sekolah rendah agama dan sebuah surau menyebabkan aliran trafik yang tinggi pada waktu tengah hari dan petang. Apakah perancangan kerajaan menangani masalah kesesakan jalan?
336) RUMAH PERLINDUNGAN REMAJA PUTERI (RPA)
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Berapa ramaikah remaja puteri yang telah melalui program RPA sejak ditubuhkan?
-
Berapakah kos operasi RPA setahun?
-
Berikan pecahan perbelanjaan dan apakah ia menepati prinsip value for money?
336) PROJEK PKNS
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin
Kategori: Mulut
-
PKNS bercadang untuk membangunkan SA Sentral dan Dataran PKNS, apakah sumber pembiayaan utama PKNS untuk projek ini yang bernilai RM2 bilion? Apakah kepakaran dalaman PKNS dalam pengurusan projek berskala besar, khususnya dari segi perancangan bandar, teknologi hijau dan kelestarian?
336) PERUNTUKAN SEKOLAH AGAMA NEGERI
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Berapakah peruntukan yang telah dibelanjakan untuk pembangunan infrastruktur di sekolah-sekolah rendah agama milik Kerajaan Negeri sepanjang tiga suku pertama tahun 2023?
336) JALAN SULTAN ALAM SHAH KANCHONG DARAT
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan pihak Kerajaan Negeri untuk menambah baik sistem amaran kepada pemandu di Simpang 4 berhampiran Masjid As Solihin, stesen minyak Petronas di jalan utama Jalan Sultan Alam Shah Kanchong Darat yang sering berlaku kemalangan?
336) PUSAT PERJUDIAN HARAM
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Nyatakan statistik terbaru pusat perjudian haram di Negeri Selangor
-
Apakah bidang kuasa Kerajaan Negeri dan PBT untuk membenteras perkara ini?
-
Bilakah enakmen baru yang bertujuan untuk tambah baik penguatkuasaan premis judi haram dan hiburan akan dikuatkuasakan?
336) AGENSI PENERANGAN
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Danial Al-rashid Bin Haron Aminar Rashid
Kategori: Mulut
-
Apakah agensi penerangan milik kerajaan yang telah diwujudkan setakat ini?
-
Adakah pihak kerajaan pernah menjalankan survey/ kajian capaian penerangan yang dilaksanakan?
-
Apakah usaha meningkatkan capaian penerangan agar semua rakyat mengetahui inisiatif yang kerajaan laksanakan?
336) TEBING SUNGAI RUNTUH DAN TERHAKIS DI BELAKANG BALAI BOMBA SUNGAI BULOH DI KOORDINAT (3°12’02.0″N 101°33’40.0″E)
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan dan perancangan pihak Kerajaan Negeri untuk mengatasi isu hakisan dan runtuhan tersebut?
-
Berapakah anggaran peruntukan membaik pulih hakisan dan runtuhan tebing sungai tersebut?
-
Bilakah projek ini dapat dilaksanakan?