335) PERUNTUKAN JABATAN
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan memberi peruntukan tambahan kepada JKR dan JPS untuk menambahbaik jalanraya dan perparitan?
-
Adakah JKR dan JPS akan dibekalkan jentera berat seperti backhoe loader dan skylift crane untuk kegunaan jika berlaku bencana yang memerlukan tindakan segera?
335) PENASIHAT EKONOMI SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Apakah status Penasihat Ekonomi Selangor yang kini dikenakan hukuman penjara 5 tahun?
-
Jika masih dikekalkan, apakah mekanisme yang diwujudkan bagi membolehkan beliau memainkan peranan tersebut?
-
Berapakah perbelanjaan setahun untuk menampung kos pejabat, staf, tuntutan perjalanan serta elaun-elaun lain?
335) ISU PROJEK THE LOURVE BERHAMPIRAN MAAHAD HAMIDIAH KAJANG
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan terkini berkenaan bantahan Rakyat mengenai projek ini?
-
Adakah Kerajaan Negeri akan melakukan kajian semula kelulusan untuk projek pembangunan ini?
-
Jika tidak , apakah pendekatan Kerajaan Negeri demi menyelesaikan masalah Rakyat ini?
335) SAHAM AIR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Nyatakan status terkini cadangan untuk mewujudkan saham air bagi manfaat rakyat Selangor?
-
Bagaimanakah kaedah pengagihan saham air ini kepada rakyat Selangor?
-
Adakah rakyat yang kurang berkemampuan layak untuk memiliki saham air ini?
335) PERANCANGAN PEMBINAAN KEMUDAHAN AWAM DI PUNCAK ALAM
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Selari dengan kepadatan penduduk yang terus meningkat di Bandar Puncak Alam, apakah sebenarnya halangan utama Kerajaan Negeri dalam mendapatkan kemudahan-kemudahan awam seperti balai bomba, balai polis dan pusat kesihatan setempat yang masih tiada di sini walaupun telah dipohon berulang kali?
335) HAK WANITA ISLAM SEBAGAI ISTERI, BEKAS ISTERI DAN BALU
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan usaha-usaha yang telah dilakukan atau yang sedang berjalan atau telah dirancang untuk memastikan bahawa setiap wanita di Negeri Selangor ini faham tentang hak-hak mereka mengikut kategori bergelar isteri, bekas isteri atau balu mengikut undang-undang Syariah Selangor.
-
Senaraikan program-program yang telah dirancang, sedang dijalankan dan telah dijalankan di Selangor sepanjang tahun 2018 sehingga ke hari ini dan impak program tersebut dalam menyedarkan dan mendidik wanita tentang hak untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap suami atau bekas suami yang culas membayar nafkah anak-anak mengikut undang-undang syariah Selangor.
-
Senaraikan program-program yang telah dirancang, sedang dijalankan dan telah dijalankan di Selangor sepanjang tahun 2018 sehingga ke hari ini dan impak program tersebut dalam mendidik dan menyedarkan para bapa atau bekas suami supaya tidak mengabaikan tanggungjawab memberi nafkah
335) MASALAH KEKURANGAN MINAT PELAJAR UNTUK MENYAMBUNG PELAJARAN KE PERINGKAT TINGGI
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh
Kategori: Bertulis
-
Berapakah peratusan pelajar lepasan SPM tahun 2022 yang melanjutkan pelajaran ke kolej atau universiti?
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri Selangor untuk menarik minat pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi?
335) KEUSAHAWANAN & INOVASI
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
-
Apakah badan yang terdapat dalam kerajaan Selangor yang menjaga hal berkaitan pembangunan usahawan secara dekat dan berterusan sehingga berjaya, serta peruntukan untuk pembangunan usahawan keseluruhan?
-
Kiosk 30 tahun lalu berkonsepkan ÔÕtake-away" di Jalan PJS 2/1, 2/3 perlu dinaiktaraf bagi memastikan perniagaan terus berdaya saing dan maju. Apakah perancangan kerajaan bagi membantu membangunkan peniaga-peniaga kecil tersebut?
335) PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan syarat, prosedur dan proses permohonan rumah mampu milik.
-
Adakah terdapat kuota tertentu bagi memastikan penduduk setempat boleh memohon di kawasan mereka?
-
Adakah Kerajaan bersedia memberikan kemudahan perumahan sewa beli kepada mereka yang sukar mendapatkan pinjaman perumahan?
335) SELANGOR IC DESIGN PARK
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Pua Pei Ling
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah kerjasama antara Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan untuk memastikan kejayaan projek IC Design Park kedua di Cyberjaya?
-
Apakah impak yang dijangka daripada pelancaran IC Design Park kedua di Cyberjaya terhadap pembangunan ekonomi Negeri Selangor?