334) PENYELENGGARAAN PADANG
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan padang bola dan futsal yang berada di bawah yang diselenggara Kerajaan Negeri di DUN Permatang dan badan mana yang bertanggungjawab menyelenggara padang-padang tersebut?
-
Bilakah kali terakhir Padang bola dan futsal di Dun Permatang diselenggara dan berapakah kos penyelenggaraan padang tersebut?
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk menyelenggara padang bola dan futsal di Kampung Permatang ?Jika ya, bila?
334) PUSAT TUISYEN RAKYAT SELANGOR (PTRS)
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah dan lokasi PTRS mengikut daerah, Parlimen dan DUN?
-
Apakah disediakan program-program tambahan melalui PTRS?
-
Bagaimanakah kerajaan negeri mengukur pencapaian kejayaan PTRS?
334) PERKHIDMATAN JALUR LEBAR
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Adakah perkhidmatan jalur lebar seluruh kawasan DUN Kuang telah dinaik taraf ke status 5G? Jika belum, sila nyatakan kawasan yang masih belum terlibat.
-
Pada waktu malam, kelajuan perkhidmatan jalur lebar ini menjadi semakin berkurang akibat dari kapasiti peggunaan yang tinggi. Apakah inisiatif atau rancangan kerajaan negeri untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan jalur lebar ini?
334) KEBAJIKAN ANAK YATIM
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar Kerajaan Negeri mengenai anak yatim yang berkait antara lain mengenai status kelahiran, penjagaan dan pendidikannya?
335) PRESTASI PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS)
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin
Kategori: Bertulis
-
Apakah kedudukan kewangan dan perancangan bisnes PKNS berada tahap yang memuaskan pada masa ini?
-
Nyatakan berapakah jumlah hasil pendapatan PKNS daripada penjualan rumah dan beberapa penjualan tanah sepanjang 10 tahun lepas?
-
Nyatakan berapa banyak rumah mampu milik yang telah PKNS rancang dan berapa banyak yang telah dibina sepanjang 10 tahun lepas?
335) PORTAL DEWAN SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah proses kemaskini jawapan soalan-soalan di dalam portal?
-
Berapakah tempoh masa yang diambil untuk mengemaskini jawapan tersebut?
335) PENGGALAKKAN SENI DAN BUDAYA
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur
Kategori: Mulut
-
Apakah inisiatif kerajaan untuk menggalakkan minat dalam seni dan budaya dalam kalangan generasi muda, seperti melalui program pendidikan atau pameran?
-
Bagaimanakah kerajaan menggalakkan komuniti setempat untuk terlibat dalam aktiviti budaya, seperti acara tradisional, festival dan pertunjukan seni?
335) INSAN SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah yang telah berjaya berdaftar bagi program INSAN Selangor.
-
Nyatakan jumlah yang telah menerima pampasan bagi tahun 2022 dan 2023.
335) PERUNTUKAN JABATAN
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan memberi peruntukan tambahan kepada JKR dan JPS untuk menambahbaik jalanraya dan perparitan?
-
Adakah JKR dan JPS akan dibekalkan jentera berat seperti backhoe loader dan skylift crane untuk kegunaan jika berlaku bencana yang memerlukan tindakan segera?
335) IKS
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari
Kategori: Bertulis
-
Apakah terhadap peruntukan dan insentif yang diperuntukkan bagi menggalakkan dan mengembangkan industri IKS di Selangor?
-
Berapakah nilainya dan berapa ramaikah penerima di DUN Selat Klang?