333) JALAN LEBUH SULTAN ABDUL SAMAD
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari
Kategori: Bertulis
-
Apakah status pembinaan jalanraya Lebuh Sultan Abdul Samad di Bandar Sultan Suleiman?
-
Bilakah pembangunan ini akan siap sepenuhnya untuk kebaikan penduduk sekitar Bandar Sultan Suleiman?
333) LONGKANG TIDAK DIURUS
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari
Kategori: Mulut
-
Longkang yang tidak diurus di Kampung Hala Cara Baru Parit 16, bilakah akan selesai permasalahan ini?
-
Projek sepatutnya selesai pada 14.Ogos.2023, tapi masih tergendala dan menyebabkan banjir bila hujan. Apakah tindakan kerajaan kepada kontraktor tersebut?
-
Adakah projek ini akan diteruskan?
333) LESEN SEMENTARA PENJAJA
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan pihak PBT untuk peniaga-peniaga jalanan yang ingin mencari rezeki dan apakah alternatif PBT untuk membantu peniaga - peniaga ini untuk terus berniaga sambil mengikut prosedur undang-undang yang telah disediakan?
333) TANAH PKPS DI TEPI SUNGAI TENGAR UTARA,SABAK BERNAM
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Mulut
-
Berapakah kos yang telah dibelanjakan dalam operasi tanaman saawit di kawasan berkenaan?
-
Adakah benar tanah tersebut akan ditukar kepada penempatan penduduk miskin?
333) PENGURUSAN SISA NAJIS DI KAMPUNG BESTARI JAYA
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan kontraktor yang dilantik oleh IWK dalam pengurusan sisa najis?
-
Apakah kriteria yang dimbil kira oleh IWK dalam melantik kontraktor dan bagaimanakah IWK memastikan SOP pengurusan najis oleh kontraktor yang dilantik diselia dengan baik?
-
Kontraktor IWK membawa keluar sisa najis menggunakan Roll-On Roll-Off (RORO) Bin di Kampung Bestari Jaya yang menyebabkan najis berciciran di kawasan kampung. Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk memastikan penduduk Kampung Bestari Jaya dapat hidup dalam keadaan yang bersih?
333) CARUMAN PARIT JPS
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Status terkini Akaun Amanah Caruman Parit dan nyatakan butir-butirnya
-
Senaraikan jumlah caruman parit dikumpulkan dan dibelanjakan mengikut daerah pada tahun 2013 dan 2014
333) YAYASAN SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Senaraikan sumbangan dan kejayaan Yayasan Selangor pada tahun 2015?
-
Apakah halatuju dan perancangan Yayasan Selangor pada tahun 2016?
-
Apakah status terkini pembangunan asrama Yayasan Selangor di Kampung Pandan dan Bukit Bintang?
333) KEMISKINAN DAN PELUANG PEKERJAAN DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Apakah jenis peluang pekerjaan disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk golongan miskin dan kurang berpendidikan?
-
Apakah garis panduan guna mengukur jumlah pendapatan keluarga dikategorikan sebagai miskin?
-
Sejauh manakah kejayaan program MES disifatkan berkesan mengurangkan kadar miskin di negeri Selangor?
334) PEMBANGUNAN KEDAI PLB DI BAWAH PEJABAT DAERAH
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Berapakah unit kedai baru dan bina semula dilaksana sejak tahun 2008 di Selangor?
-
Berapakah bilangan yang uzur dan perlu dibangunkan semula di DUN Meru?
-
Berapakah yang telah diserah dan belum serah kepada MPK? Senaraikan.
334) PERKHIDMATAN JALUR LEBAR
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah
Kategori: Bertulis
-
Adakah perkhidmatan jalur lebar seluruh kawasan DUN Kuang telah dinaik taraf ke status 5G? Jika belum, sila nyatakan kawasan yang masih belum terlibat.
-
Pada waktu malam, kelajuan perkhidmatan jalur lebar ini menjadi semakin berkurang akibat dari kapasiti peggunaan yang tinggi. Apakah inisiatif atau rancangan kerajaan negeri untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan jalur lebar ini?