331) MASALAH PENYELENGGARAAN TASIK COVA DI PJU 3
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Izuan Bin Ahmad Kasim
Kategori: Mulut
-
Apakah status Tasik Cova di PJU 3?
-
Apakah tindakah kerajaan untuk menangani masalah di Tasik Cova?
-
Berapakah peruntukan kerajaan bagi menyelesaikan masalah Tasik Cova?
331) PEMBANGUNAN KAMPUNG ORANG ASLI BUKIT BAJA
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha Kerajaan Selangor untuk menjadikan Kampung Orang Asli di Dengkil seperti Kampung Orang Asli Bukit Tadom sebagai kawasan pelancongan baru dengan tarikan yang tersendiri?
331) PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN KEPADA BELIA YANG TELAH BEKERJA SELEPAS SPM
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Khairuddin Bin Othman
Kategori: Mulut
-
Adakah terdapat peluang kedua untuk belia yang berkelulusan SPM untuk melanjutkan pelajaran di IPT milik Kerajaan?
-
Apakah ada pembiayaan pendidikan yang minima untuk golongan belia yang sedang bekerja?
-
Apakah terdapat program pengajian tinggi selain daripada kemahiran untuk belia yang bekerja?
331) INISIATIF UNTUK MENGGALAKKAN PERTUMBUHAN PELUANG PERNIAGAAN
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan Bantuan/Inisiatif Kerajaan Negeri Selangor dalam menggalakkan pertumbuhan peluang perniagaan di Selangor.
-
Senaraikan bilangan permohonan bagi Inisiatif Kerajaan Negeri tersebut mengikut Dun semenjak January 2023 sehingga January 2024.
-
Senaraikan bilangan permohonan yang lulus dan permohonan yang gagal untuk insiaitif tersebut khususnya di Dun Permatang.
331) DEWAN ORANG RAMAI DAN BALAI RAYA
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
-
Senaraikan dewan orang rammai dan balai raya yang terdapat di Selangor mengikut daerah, PBT, Parlimen dan DUN?
-
Apakah prosedur permohonan untuk menggunakan kemudahan dewan orang ramai dan balai raya?
-
Apakah faktor-faktor yang membolehkan permohonan ditolak?
331) BENTERAS DADAH
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin
Kategori: Bertulis
-
Apakah statistik penyalahgunaan dadah termasuk dalam penggunaan pil di negeri Selangor sejak 5 tahun lalu? Berapakah kematian berkaitan dadah di negeri Selangor dan apakah usaha kerajaan negeri bagi mengatasi masalah ini?
331) PERSEDIAAN SUKMA 2026 DI SELANGOR
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan anggaran kos untuk persediaan SUKMA 2026 akan datang.
-
Berapakah sasaran pingat emas untuk dimenangi oleh Kontinjen Negeri Selangor di dalam SUKMA 2026 nanti?
331) SELANGKAH
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan statistik jumlah penerima, kos dan tahap capaian pelaksanaan program atau skim yang berikut;
Iltizam Sihat Selangor
BINGKAS
Iltizam Selangor Sihat Penjawat Awam
Selangor Saring
Skim Rawatan Jantung
Mental SEHAT
Kanser Selangor
Rawatan Tibi Selangor -
Apakah tahap trafik penggunaan dan capain aplikasi SELANGKAH dan SELANGKAH WALLET pada masa kini?
331) KAJIAN KESESAKAN LALU LINTAS
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan Negeri telah melakukan kajian berkenaan tahap kesesakan lalu lintas di seluruh bandar-bandar di Selangor?
-
Nyatakan hasil dapatan dari kajian tersebut jika ia dilakukan?
331) PELUANG PEKERJAAN AI DAN SEMIKONDUKTOR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad
Kategori: Mulut
-
Apakah inisiatif kerajaan untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan bagi penduduk Lembah Jaya?
-
Adakah program latihan kemahiran atau keusahawanan yang ditawarkan kepada belia dan penganggur akan diperkembang selari dengan perubahan teknologi?Misalnya kemahiran pembuatan sektor semikonduktor atau AI.