329) KOS SARA HIDUP
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan dan penyelesaian Kerajaan Negeri kepada kenaikan harga barangan asas dan kos sara hidup yang membebankan rakyat di Negeri Selangor?
-
Bagaimanakah cara Kerajaan Negeri Selangor untuk mengawal harga barangan asas yang tidak terkawal ini?
329) BAS SMART SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh
Kategori: Bertulis
-
Berapa kos penyelenggaraan Bas Smart Selangor yang digunakan di Sepang dan Kuala Langat setiap bulan dan apakah kajian impak keberkesanan terhadap penduduk setempat?
329) KOMPLEKS IKAN LKIM KUALA SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh
Kategori: Bertulis
-
Sejajar dengan memastikan objektif kerajaan Negeri Selangor untuk menjamin keterjaminan makanan dan rancangan membina Kompleks LKIM baru di Sekinchan, adakah Kerajaan Negeri Selangor mempunyai cadangan untuk mendalamkan muara Sungai di Kompleks Ikan LKIM Kuala Selangor untuk memudahkan laluan dan membolehkan sampan dan boat nelayan untuk mendarat?
-
Senaraikan bilangan penerima dan inisiatif kerajaan negeri untuk membantu nelayan di Tanjong Karang mengikut pecahan Dun Permatang dan Sungai Burong?
329) PERBELANJAAN PERUNTUKAN MARRIS
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Berapakah perbelanjaan peruntukan MARRIS Negeri Selangor mengikut kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam tahun 2013 ?
-
Adakah kerajaan negeri sedar terdapat jalan-jalan yang ditampal di bawah peruntukan MARRIS amat tidak memuaskan, apakah sebabnya ?
-
Sejauh manakah tindakan yang diambil untuk memastikan penyenggaraan jalan yang ditampal tidak mudah rosak ?
330) PREMIS PERJUDIAN HARAM
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Nyatakan statistik terkini jumlah pusat judi haram berdasarkan bancian mengikut PBT?
-
Nyatakan statistik jumlah operasi, lot disita dan kompaun yang dikenakan mengikut PBT?
-
Apakah mekanisme kawalan dan pemantauan untuk memastikan pusat yang telah disita tidak akan dibuka kembali?
330) AED
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin
Kategori: Bertulis
-
Apakah kerajaan negeri bercadang untuk mewajibkan pemasangan AED di semua premis awam dan swasta, termasuk di kompleks perumahan bagi mengatasi masalah serangan jantung di kalangan komuniti?
330) KESAN PENDAPATAN KENAIKAN CUKAI TAKSIRAN/ PINTU 25 PERATUS DI SETIAP PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) DAN KENAIKAN BARU CUKAI TAKSIRAN DI RUMAH PERSENDIRIAN DI KAMPUNG-KAMPUNG
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah kesan pendapatan kenaikan cukai taksiran/ pintu 25 peratus di setiap PBT dan kenaikan baru cukai taksiran di rumah persendirian di kampung-kampung?
330) LOJI WASTE TO ENERGY (WTE)
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah kos yang ditanggung Kerajaan Negeri atau anak syarikat bagi membangunkan Jeram Integrated Solid Waste Management Center atau Loji Janakuasa Sisa kepada Tenaga (WTE) di Kuala Selangor?
-
Adakah Shanghai Electric Engineering mendapat konsesi pengurusan sampah untuk projek ini? Jika Ya, apakah syarat dan berapakah kos yang perlu ditanggung Kerajaan Negeri untuk menghantar sampah ke WTE ini?
330) CUKAI TANAH
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Nyatakan kenaikan cukai tanah & cukai pintu di Selangor dari tahun 2008 - 2014 mengikut daerah?
-
Nyatakan faktor-faktor kenaikan cukai tanah & cukai pintu di Selangor?
330) MEMPERKUKUH SEKTOR PENDIDIKAN DAN LATIHAN KEMAHIRAN BAGI GOLONGAN BELIA DI KAWASAN LUAR BANDAR SEPERTI SUNGAI BURONG YANG MEMPUNYAI KEBOLEH PASARAN YANG TINGGI
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri dalam memperkukuh sektor pendidikan dan latihan kemahiran bagi golongan belia di kawasan luar bandar seperti Sungai Burong yang mempunyai keboleh pasaran yang tinggi seperti teknologi AI dan pembangunan perisian?