328) SEKOLAH DI BANDAR TASIK PUTERI
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Rafiq Bin Mohd Abdullah
Kategori: Mulut
-
Bilakah Kerajaan Negeri akan membina sekolah di Bandar Tasik Puteri, terutamanya sekolah menengah kerana kepadatan penduduk yang semakin meningkat mengakibatkan sekolah sedia ada tidak dapat menampung jumlah pelajar sehingga ada pelajar terpaksa bersekolah di luar kawasan Bandar Tasik Puteri?
328) IBU TUNGGAL
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan kerajaan untuk mengenal pasti dan menyalur bantuan pantas bagi golongan ibu tunggal yang menjaga anak bersekolah agar anak-anak tidak tercicir persekolahan?
-
Berapa ramaikah ibu tunggal yang berdaftar di DUN Selat Klang?
-
Apakah jenis bantuan yang telah mereka terima?
328) KENDERAAN BERAT PARKIR DI TAMAN PERUMAHAN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Ingin tahu kawasan parkir kenderaan berat mengikut PBT seperti mana Pekeliling Arahan Penguatkuasaan kepada PBT bertarikh 8 Sep 2003
-
Kenderaan berat yang dipakir di kawasan atau taman perumahan menimbulkan masalah dan kacau-ganggu kepada penduduk. Apakah tindakan Pihak Berkuasa Tempatan mengenainya?
328) PENCEMARAN DAN KEKURANGAN SUMBER AIR MENTAH
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Apakah bentuk pencemaran di Sungai Semenyih pada bulan Februari dan Mac 2015?
-
Apakah langkah yang diambil untuk mengelakkan pencemaran sungai yang menjadi sumber air mentah seluruh Selangor?
-
Apakah tindakan yang diambil untuk mengatasi kekurangan sumber air mentah seperti tahun 2014?
328) PENGURUSAN BAHAN BUANGAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ong Chun Wei
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri terhadap pengurusan bahan buangan elektrik dan elektronik (e-waste)?
328) KOMPLEKS SUKAN DI KAWASAN DUN DENGKIL
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh
Kategori: Bertulis
-
Kawasan Dengkil tidak memiliki sebarang kompleks sukan selain kompleks sukan swasta. Apakah Perancangan Kerajaan untuk pembinaan kompleks sukan yang meliputi kawasan padang , padang hoki, takraw, dewan badminton dan kolam renang yang dimiliki oleh Kerajaan untuk kegunaan penduduk Dengkil?
328) LANGKAH MENARIK PELANGGAN KE PERPUSTAKAAN AWAM
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Mulut
-
Memohon diperjelaskan langkah-langkah menarik pelanggan (pengguna) bagi perpustakaan awam di daerah-daerah.
328) PROJEK PERUMAHAN SAKIT DAN TERBENGKALAI SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan semua projek Perumahan Sakit dan terbengkalai di Selangor.
-
Apakah inisiatif Kerajaan Selangor untuk membantu Projek Perumahan Sakit dan terbengkalai di Selangor bagi memastikan projek-projek tersebut dapat diteruskan dan bagaimanakah kerajaan Selangor membantu pembeli yang terbabit dengan projek-projek perumahan ini?
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri bagi memastikan Projek Perumahan sakit di Permatang khususnya di Taman Mutiara dan Taman Sg Yu Indah dapat diteruskan dalan masa terdekat?
329) KOMPLEKS IKAN LKIM KUALA SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh
Kategori: Bertulis
-
Sejajar dengan memastikan objektif kerajaan Negeri Selangor untuk menjamin keterjaminan makanan dan rancangan membina Kompleks LKIM baru di Sekinchan, adakah Kerajaan Negeri Selangor mempunyai cadangan untuk mendalamkan muara Sungai di Kompleks Ikan LKIM Kuala Selangor untuk memudahkan laluan dan membolehkan sampan dan boat nelayan untuk mendarat?
-
Senaraikan bilangan penerima dan inisiatif kerajaan negeri untuk membantu nelayan di Tanjong Karang mengikut pecahan Dun Permatang dan Sungai Burong?
329) PERBELANJAAN PERUNTUKAN MARRIS
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Berapakah perbelanjaan peruntukan MARRIS Negeri Selangor mengikut kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam tahun 2013 ?
-
Adakah kerajaan negeri sedar terdapat jalan-jalan yang ditampal di bawah peruntukan MARRIS amat tidak memuaskan, apakah sebabnya ?
-
Sejauh manakah tindakan yang diambil untuk memastikan penyenggaraan jalan yang ditampal tidak mudah rosak ?