326) ROGOL
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah perubahan dasar dan tindakan yang telah diambil oleh kerajaan Selangor untuk melindungi golongan wanita daripada jenayah rogol memandangkan Selangor mencatat rekod rogol antara yang tertinggi pada tahun lalu?
326) PENAMBAHAN SEKOLAH DI DUN SEMENYIH
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk menangani isu keperluan penambahan sekolah-sekolah sesuai dengan pembukaan kawasan perumahan yang baru di DUN Semenyih?
326) PENDAPATAN PERMODALAN NEGERI SELANGOR BERHAD (PNSB)
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah pendapatan dan jumlah kewangan terkumpul PNSB pada tahun 2014?
-
Apakah sumber-sumber hasil untuk pendapatan PNSB?
326) KENAIKAN PARAS AIR LAUT
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh
Kategori: Bertulis
-
Sila nyatakan Tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menghadapi fenomena kenaikan paras air laut khususnya dalam menghadapi masalah banjir di Selangor?
-
Senaraikan projek yang terlibat dan berapa kosnya?
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk membantu para nelayan yang terkesan dengan fenomena ini?
326) PENERANGAN NEGERI
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar penerangan negeri agar rakyat mendapat maklumat yang sahih dan semasa?
-
Berapakah peruntukan dan perbelanjaan untuk program penerangan sepanjang tahun 2014?
326) KESELAMATAN DAN PERLINDUNGAN KANAK-KANAK
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin
Kategori: Bertulis
-
Berapakah statistik kanak-kanak miskin dan terbiar di negeri Selangor? Apakah kerajaan negeri mempunyai sebarang bentuk bantuan kewangan atau akademik yang disediakan bagi membantu kanak-kanak dari keluarga miskin dan terbiar?
327) SELGATE CORP SDN BHD
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin
Kategori: Bertulis
-
Selgate baru-baru ini mengumumkan sebuah projek hospital swasta baru di Pulau Pinang. Apakah Kerajaan Negeri melalui Selgate mempunyai perancangan untuk membangunkan klinik-klinik di kawasan bandar dan luar bandar bagi memberi akses kesihatan kepada golongan rentan?
327) MASALAH DENGGI DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah kes denggi di Negeri Selangor bagi tahun 2013-2014?
-
Nyatakan kawasan utama yang terlibat dalam dan pecahan jumlah kes denggi ini?
-
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah ini?
327) SUKAN
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri dalam mengenang jasa atlet sukan Negeri Selangor?
-
Apakah terdapat sebarang inisiatif seperti pembinaan muzium untuk mengiktiraf sumbangan dan pencapaian mereka?
327) TAMAN MEDAN
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah bantuan atau peruntukan yang telah disalurkan Kerajaan Negeri bagi membaikpulih fasiliti, mengecat semula atau menaiktaraf rumah-rumah pangsa mahupun berstrata bagi kawasan DUN Taman Medan sejak 2018 sehingga 2023?