324) KEGUNAAN TAPAK ATAU TANAH SIMPANAN SEKOLAH YANG MASIH KOSONG

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young

Kategori: Mulut


  1. Adakah tapak simpanan sekolah yang lama tidak dibangunkan boleh ditukar gunakan untuk kegunaan lain seperti membina pangsapuri MADANI?

    Klik jawapan »

324) KEGAGALAN PKNS DALAM PJ SENTRAL

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut


  1. Mengapakah pegawai-pegawai atasan PKNS masih melakukan kesilapan ketara berkenaan klausa dan artikel Shareholder Agreement dan M&A PJ Sentral Development Sdn. Bhd., satu projek usahasama dengan Nusa Gapurna walaupun PKNS telah menandatangani Integrity Pact dengan Transparency International (TI)?

    Klik jawapan »

324) PENGANGKUTAN AWAM

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut


  1. Apakah hasil penemuan kajian Pelan Induk Pengangkutan Awam Negeri Selangor yang dijangka telah disiapkan pada Disember 2015?

    Klik jawapan »

  2. Apakah pelan tindakan selanjutnya yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri hasil daripada penemuan kajian tersebut?

    Klik jawapan »

324) KESESAKAN LALU LINTAS DAN KESELAMATAN

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari

Kategori: Bertulis


  1. Apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah kesesakan lalulintas di kawasan Bandar Sultan Suleiman yang melibatkan lori-lori kontena yang menggunakan jalan di hadapan sekolah sebagai jalan alternatif? Ini juga membabitkan keselamatan anak-anak di sekolah di kawasan tersebut.

    Klik jawapan »

324) BOMBA SUKARELA

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee

Kategori: Mulut


  1. Nyatakan perancangan Kerajaan untuk membantu pertubuhan Bomba Sukarela yang sering bertungkus lumus membantu masyarakat tempatan

    Klik jawapan »

  2. Adakah Kerajaan bersedia membekalkan tapak kepada Bomba Sukarela untuk dijadikan tempat meletak kenderaan dan peralatan?

    Klik jawapan »

324) KONTRAKTOR SAMPAH TONG RORO

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut


  1. Apakah usaha kerajaan bagi mengatasi masalah kontraktor sampah tong roro membuang sampah di tapak pembuangan sampah haram?

    Klik jawapan »

324) SYARIKAT AIR SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh

Kategori: Bertulis


  1. Apakah langkah yang di ambil oleh Syarikat Air Selangor untuk memastikan bekalan air dan tekanan air yang stabil dikawasan - kawasan yang tinggi dan berbukit seperti di kawasan Kampung Desa Putra , Kampung Limau Manis dan Kampung Dato Abu Bakar Baginda?

    Klik jawapan »

324) PENYELENGGARAAN LONGKANG

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut


  1. Adakah SOP penyelenggaraan longkang di kawasan PBT?

    Klik jawapan »

  2. Berapakah peruntukan untuk urusan penyelenggaraan kemudahan ini setahun mengikut PBT?

    Klik jawapan »

324) INFRASEL

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin

Kategori: Bertulis


  1. Senaraikan jumlah projek yang dilaksanakan Infrasel sejak ditubuhkan dan nilai projek-projek ini. Senaraikan juga kesemua syarikat yang menerima lantikan bagi menjalankan kerja-kerja bagi pihak Infrasel beserta dengan nilai projek. Apakah tatacara prosedur lantikan kontraktor yang diamalkan Infrasel?

    Klik jawapan »

324) PEMBINAAN JAMBATAN BAGI LALUAN KENDERAAN BERMOTOR DI KAMPUNG BATU 17 SEBERANG HULU LANGAT

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz

Kategori: Mulut


  1. Apakah usaha terkini pihak kerajaan dalam usaha membina semula jambatan yang telah musnah akibat banjir besar 2021 ini?

    Klik jawapan »

  2. Sekiranya ada, mohon jelaskan saiz ukuran tersebut memandangkan kemudahan ini penting bagi kenderaan ringan warga kampung berhubung dengan pekan berhampiran.

    Klik jawapan »