321) SKIM BANTUAN GUAMAN SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan jumlah permohonan yang diterima untuk skim bantuan guaman Selangor pada tahun 2022 hingga September 2023?
-
Senaraikan kes yang dikendalikan oleh YBGK dan status kes-kes tersebut.
-
Berapakah peruntukan yang telah dibelanjakan untuk skim bantuan guaman sepanjang tempoh tersebut dan adakah keperluan untuk menaikkan peruntukan sebanyak 1 juta untuk skim ini seperti di dalam manifesto PRN yang lepas?
321) PROJEK TEBATAN BANJIR
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan terkini projek tebatan banjir Selangor?
-
Bagaimanakah dengan status kawasan banjir yang masih belum dilaksanakan?
-
Apakah langkah kotigensi Kerajaan Negeri sekiranya banjir masih berlaku di kawasan tersebut?
321) PENGURUSAN POKOK TUMBANG DI KAWASAN KAMPUNG
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Jabatan atau agensi manakah yang bertanggungjawab ke atas pemantauan dan penebangan pokok-pokok berisiko tumbang di kawasan kampung?
321) PEMBUANGAN SAMPAH HARAM DI SEPANJANG JALAN KEPONG – KUALA SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan oleh Kerajaan Negeri dalam membanteras pembuangan sampah haram, terutama yang dijalankan di atas tanah persendirian tetapi mendatangkan mudarat kepada orang awam seperti yang berlaku di sepanjang tepian Jalan Kepong - Kuala Selangor?
321) BEKALAN AIR BERSIH DI KAMPUNG NAQSYABANDIAH, KAJANG
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Kampung Naqsyabandiah, terletak kira-kira 4 km daripada Bandar Kajang. Ia berada dalam DUN Semenyih. Sehingga kini, kampung ini tidak mempunyai bekalan air bersih. Mohon penjelasan apakah perkembangan projek membekalkan air bersih di situ seperti tender yang pernah dikeluarkan pada 2013
321) PERBANKAN ISLAM
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Danial Al-rashid Bin Haron Aminar Rashid
Kategori: Mulut
-
Apakah kerajaan hari ini menggunakan sepenuhnya sistem perbankan Islam dalam pentadbiran?
-
Apakah inisiatif kerajaan bagi menggalakkan usahawan dan SME menggunakan perbankan Islam?
-
Apakah peranan dan kerjasama institusi bank Islamik dalam menjadikan Selangor sebagai hub kewangan Islam?
321) SUMBER PENDAPATAN PKNS
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan sumber pendapatan operasi PKNS bagi tahun 2023 dan 2024 dari segi perbandingan di antara jualan hartanah (pembangunan) PKNS dengan jualan tanah PKNS termasuk dvelopment rights. Berapakah jumlah pendapatan PKNS yang disasarkan bagi tahun 2025?
321) TANAH KUBUR ISLAM BANDAR SAUJANA PUTRA
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan nombor plot, lokasi, keluasan dan tempat tapak perkuburan Islam di Bandar Saujana Putra, Jenjarom.
-
Siapakah badan atau pertubuhan yang menjaga dan menyelenggarakan tapak kubur Islam tersebut?
-
Di manakah tapak kubur Islam terdekat untuk penduduk lakukan pengebumian?
321) PETAK PARKIR DAERAH KUALA LANGAT
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah hasil kutipan yang diperolehi di Daerah Kuala Langat?
-
Kos dibelanjakan untuk menyelenggara mesin bayar dan peraga sejak Tahun 2013 hingga kini?
-
Apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan terhadap pengutip parkir haram di Daerah Kuala Langat?
321) PERUNTUKAN MARRIS
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari
Kategori: Bertulis
-
Apakah status peruntukan MARRIS bagi kawasan DUN Selat Klang?