320) ISU PKNS-MELATI EHSAN KOMPLEKS SUKAN KELANA JAYA
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Apakah pendirian kerajaan negeri terhadap usahasama PKNS dan Melati Ehsan Holdings Bhd untuk tanah kompleks sukan Kelana Jaya?
-
Adakah PKNS telah menandatangani apa-apa perjanjian dengan Melati Ehsan Holdings Bhd berkenaan dengan pembangunan ini?
-
Apakah terma-terma utama perjanjian tersebut?
320) DENGGI
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk menangani masalah demam denggi di dalam Negeri Selangor terutamanya di kawasan DUN Selat Klang?
320) MENAIK TARAF SISTEM PERPARITAN
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Berapakah peruntukan setahun bagi menaik taraf sistem perparitan di Selangor dari tahun 2013 hingga 2014?
-
Apakah usaha kerajaan negeri untuk mengatasi masalah sistem perparitan yang kerap tersumbat hingga berlakunya banjir kilat apabila hujan?
320) KECICIRAN PELAJAR
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
-
Nyatakan statistik keciciran pelajar di Negeri Selangor, dan 3 daerah yang mengalami keciciran yang tertinggi.
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk membantu pelajar tercicir dan keluarga mereka?
320) JALAN DENGKIL – BANTING
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh
Kategori: Bertulis
-
Apakah Langkah kerajaan Selangor untuk menyelesaikan kesesakan jalan raya di Banting ke Pekan Dengkil? Adakah peruntukan boleh disediakan untuk menyelesaikan kesesakan yang tak berkesudahan , pembesaran dan baik pulih jalan dari Dengkil sehingga ke Banting?
320) GANGGUAN BEKALAN AIR
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Apakah punca utama yang menyebabkan masalah gangguan bekalan air sering berlaku di Negeri Selangor?
-
Apakah rangka rancangan panjang kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah tersebut?
320) REBAN AYAM DAN KOLAM IKAN KELI
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan nama syarikat dan alamat lengkap semua penternakan ayam dan ikan keli yang beroperasi di kawasan DUN Permatang.
-
Senaraikan nama syarikat dan alamat lengkap semua penternakan ayam dan ikan keli yang telah disita dan ditutup sejak tahun 2022 sehingga 2024 dan senaraikan sebab penutupan.
-
Adakah kerajaan negeri bercadang untuk memperkenalkan teknologi atau pendekatan inovatif, seperti penggunaan bioenzim atau kawalan lalat bersepadu, serta menyediakan dana atau insentif khas bagi membantu penternak melaksanakan kaedah pengurusan sisa yang lebih mesra alam? Jika ya, bilakah langkah ini akan dimulakan?
320) ISU KETERJAMINAN MAKANAN HALAL
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah dari Kerajaan Negeri untuk memastikan makanan yang dijual di pasaraya dan kedai runcit yang mempunyai logo halal disahkan oleh pihak berwajib?
-
Sejauhmanakah peranan dan tanggungjawab Kerajaan meletakkan keutamaan penyediaan makanan yang benar-benar halal untuk pengguna Islam di Selangor?
320) KUMPULAN HARTANAH SDN BHD
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan semua projek KHSB dan bekal maklumat terperinci.
-
Sila senaraikan aset yang dimiliki dan liabiti oleh KHSB.
-
Perincikan Keuntungan dan Kerugian KHSB sehingga September 2023 dan Berapakah pemberian KHSB daripada keuntungan kepada Kerajaan Negeri? Perincikan mengikut tahun.
320) PENYELENGGARAAN TANGKI PERKHIDMATAN
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah tangki perkhidmatan air yang telah terbengkalai di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan.
-
Nyatakan perancangan kerajaan untuk membaikpulih tangki-tangki tersebut terutamanya tangki yang terletak di Taman Putra Budiman dan Bukit Belimbing.