26) PRODUK INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS)
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
-
Berapakah nilai dan sumbangan sektor IKS khasnya IKS makanan ringan kepada ekonomi negeri?
-
Adakah kerajaan negeri membantu dalam mempromosikan produk IKS seperti makanan ringan kerepek dan kuih-kuih tempatan?
26) PENGLIBATAN SURUHANJAYA BANGUNAN
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
Kategori: Bertulis
-
Apakah keberkesanan penglibatan Suruhanjaya Bangunan mengikut PBT dalam mengatasi masalah penduduk di kawasan perumahan bertingkat dan berikan butir-butir
-
Apakah langkah-Iangkah yang akan diambil oleh Suruhanjaya Bangunan mengikut PBT untuk memastikan JMB berfungsi dengan baik
26) MASALAH SOSIAL
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Abd Rahman Bin Palil
Kategori: Mulut
-
Masalah sosial seperti gejala pembuangan bayi tetap berlaku di Selangor walaupun telah diperintah oleh Pakatan Rakyat. Apakah mekanisme kerajaan untuk membanteras masalah sosial?
-
Sejauh manakah keberkesanan dan kejayaan untuk mengatasi masalah ini?
-
Apakah halangan-halangan yang dihadapi bagi gejala ini?
26) ISU PENCEMARAN SUNGAI BERJIRAN DENGAN LEMBAH JAYA
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah Kerajaan Negeri akan menangani isu pembuangan sampah haram dan pencemaran sungai di Lembah Jaya, terutamanya di Sungai Klang yang bersempadan dengan kawasan ini?
-
Apakah inisiatif kesedaran awam yang akan dilaksanakan untuk mendidik penduduk tentang kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar?
26) PAPAN TANDA KAMPUNGKU KESAYANGANKU
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Mulut
-
Berapa kah bilangan papan tanda yang telah di bina seluruh Selangor dan berapakah bajet yang di belanjakan ?
26) iCLEAN SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sejauh manakah iClean Selangor digunakan di Pihak Berkuasa Tempatan di Selangor?
-
Bagaimanakah RM45 juta yang diperuntukkan digunakan untuk penggunaan iClean? Sila berikan butiran dan pecahan perbelanjaan.
26) SKIM PEMILIKAN TANAH
Tahun: 2012
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
-
Apakah rasional kerajaan Negeri memberi peluang pemilikan tanah bagi pemohon-pemohon berkelayakan?
-
Berapakah jumlah pemohon yang telah diluluskan pemilikan tanah mengikut daerah?
-
Apakah keperluan dan syarat-syarat pemberi milikan ini?
26) MEMBINA GERAI-GERAI UNTUK PARA BELIA
Tahun: 2018
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha dari pihak Kerajaan Negeri untuk membina gerai-gerai untuk digunakan bagi peniaga kecil terutama para belia yang baru berjinak-jinak menceburi bidang perniagaan?
26) GAJI, ELAUN DAN TUNTUTAN EXCO KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
-
Berapa gaji asas dan elaun EXCO?
-
Berapakah tuntutan dalam dan luar negara EXCO?
-
Berapakah elaun dan tuntutan EXCO daripada anak-anak syarikat atas nama ahli Lembaga Pengarah anak-anak syarikat tersebut (jika ada)?
26) PERLANTIKAN AHLI-AHLI MAJLIS 2014
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Apakah garis-garis panduan yang digunapakai dalam pemilihan dan pelantikan Ahli-Ahli Majlis yang berwibawa dan efektif?
-
Siapakah yang menentukan pelantikan Ahli-Ahli Majlis? Kenapa kuota Ahli Majlis di negeri Selangor belum di penuhi?