319) ISU KESESAKAN DI JALAN WELMAN, RAWANG
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan kerajaan bagi menyelesaikan kesesakan jalan disebabkan double parking di Jalan Welman, Rawang?
-
Adakah kerajaan akan meningkatkan infrastruktur dengan membina penghalang untuk mengelakkan aktiviti double parking di situ?
319) PELAN PERNIAGAAN AIR SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan butiran pelan perniagaan Air Selangor yang melibatkan perbelanjaan modal dan perbelanjaan operasi yang dipersetujui oleh Kerajaan Negeri dan dikemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi tahun 2024 dan 2025?
319) PUSAT HIBURAN DI SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah terkini pusat hiburan di Selangor mengikut PBT?
-
Berapakah jumlah lesen operasi pusat hiburan yang diluluskan pada 2014-2015 mengikut PBT?
319) BANDAR KLANG MINI COLOMBIA
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh
Kategori: Mulut
-
Apakah benar Daerah Klang dikenali sebagai mini Colombia?
-
Apakah berlaku kes peningkatan jenayah di Bandar Klang? Mohon sertakan rekod kes jenayah bermula 2020 - 2023.
319) PROJEK PENAMBAHBAIKAN KEMUDAHAN AWAM DESA
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Mulut
-
Nyatakan pecahan peruntukan yang disediakan untuk penambahbaikan kemudahan awam desa di seluruh Negeri Selangor
-
Nyatakan kawasan yang terlibat dengan projek penambahbaikan tersebut?
319) MASALAH LONGKANG DAN PERPARITAN
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari
Kategori: Bertulis
-
Apakah ada peruntukan tersedia untuk MBDK atau JPS untuk membaiki longkang dan parit yang tersumbat dan rosak teruk yang boleh mengakibatkan peratusan pesakit denggi meningkat di dalam DUN Selat Klang?
319) LOJI RAWATAN AIR BARU DI LABOHAN DAGANG DAN JENDERAM HILIR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Bilakah kedua-dua loji yang diumumkan semasa bajet lalu akan mula beroperasi?
-
Nyatakan kawasan-kawasan yang bakal mendapat faedah setelah loji siap?
-
Adakah loji lama yang bermasalah seperti Bukit Tampoi boleh dihentikan operasi setelah kedua-dua loji ini siap?
319) KAMPUNG ORANG ASLI
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha Kerajaan Selangor untuk menjadikan Kampung orang asli di Dengkil seperti Kampung Orang Asli Bukit Tadom sebagai kawasan pelancongan baru dengan tarikan yang tersendiri?
319) PEMBANGUNAN SEMULA 18 BLOK RUMAH PANGSA PKNS DI KERAMAT AU2 HULU KELANG
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Mengapakah pembangunan semula rumah pangsa yang dijadualkan pada 2010 ini tidak diteruskan?
-
Apakah melalui PKNS kerajaan akan melaksanakan semula projek ini?
-
Apakah syarat-syarat yang dikenakan oleh kerajaan dan PKNS bagi penyertaan pemaju swasta dalam projek ini?
319) POKOK GIAM KANCHING
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh
Kategori: Bertulis
-
Adakah kerajaan negeri mempunyai rancangan strategik untuk menjadikan habitat pokok Giam Kanching berhampiran Jalan Pintasan Rawang sebagai destinasi pelancongan utama yang memberi manfaat ekonomi dan sosial kepada masyarakat setempat? Jika ya, apakah bentuk manfaat yang dijangkakan?
-
Berapa jumlah peruntukan atau bajet yang telah dan akan disalurkan oleh kerajaan negeri untuk mempromosikan habitat pokok Giam Kanching sebagai daya tarikan pelancongan? Apakah projek atau inisiatif utama yang telah dilaksanakan?
-
Adakah kerajaan negeri mempunyai cadangan atau rancangan untuk membiakkan pokok Giam Kanching di kawasan lain dalam hutan simpan di Selangor sebagai langkah pemeliharaan tumbuhan endemik ini? Jika ya, apakah perancangan jangka pendek dan panjang untuk melaksanakan usaha tersebut, dan bagaimana inisiatif ini dapat dimanfaatkan untuk tujuan pemeliharaan biodiversiti serta pembangunan pelancongan berasaskan alam semula jadi?