317) LOKASI KAWASAN RISIKO BAHAYA DAN RISIKO BENCANA TANAH RUNTUH
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah keseluruhan lokasi yang berisiko mengalami kejadian tanah runtuh dalam pentadbiran MPAJ dan senaraikan kawasan-kawasan berisiko atau hotspot tanah runtuh? Apakah Kerajaan Negeri telah menjalankan kajian menyeluruh mengenai kawasan-kawasan sensitif dan berisiko tinggi di Ampang?
318) DUTI HIBURAN
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah yang telah dikutip dan yang tidak atau belum dikutip sehingga 2023?
-
Apakah kerajaan menerima permohonan untuk premis baru hiburan bagi tahun 2023 dan berapakah jumlahnya?
318) PROGRAM INSAN TAKAFUL
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Program INSAN telah ditamatkan manakala perlindungan untuk pencarum INSAN Takaful akan tamat pada pertengahan tahun 2025. Nyatakan jumlah sebenar pencarum sukarela dan pencarum yang didaftarkan oleh Kerajaan Negeri sehingga 30 September 2024. Apakah perancangan Kerajaan selepas tamat tempoh perlindungan INSAN Takaful?
318) PENYELENGGARAAN KEMUDAHAN AWAM
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Di dalam ucapan bajet diumumkan RM4 Juta diperuntukkan untuk penyelenggaraan kemudahan awam, senaraikan pecahan untuk peruntukan ini?
-
Senaraikan kemudahan awam di kawasan desa seperti balairaya dan sebagainya yang telah dinaiktaraf di Kawasan DUN Dengkil.
318) PROJEK PKNS
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin
Kategori: Mulut
-
PKNS telah bercadang untuk membangunkan PKNS SQ di Shah Alam.
a) Berapakah kos dan cara pembiayaan yang akan dibuat PKNS untuk melaksanakan projek ini? -
Berapakah kos yang dibayar PKNS bagi membeli Menara MRCB, Menara Perangsang dan Shah Alam Sentral?
318) KEKURANGAN LAMPU JALAN DI LUAR KAWASAN PBT ATAU JKR
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan negeri berhasrat mengkaji semula dasar penambahan lampu jalan-jalan di luar kawasan PBT atau JKR memandangkan Kerajaan Persekutuan tidak lagi melaksanakan 10 tiang lampu baru setahun untuk setiap mukim sejak 2008. Jika tidak, nyatakan sebabnya
318) WARGA ASING
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari
Kategori: Bertulis
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk mengawal kebanjiran warga asing yang semakin ramai terutama di kawasan Selat Klang yang berkemungkinan akan menimbulkan masalah sosial di kawasan Selat Klang?
318) PENCERAIAN DI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah kes penceraian di Selangor pada tahun 2015?
-
Senaraikan faktor-faktor penceraian di Selangor
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri bagi mengekang peningkatan jumlah penceraian tersebut?
318) BANDAR CYBERJAYA
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh
Kategori: Bertulis
-
Apakah perancangan yang dibuat untuk menjadikan Cyberjaya sebagai sebuah bandar yang bersih dan bestari?
-
Adakah Kerajaan bercadang ingin menghubungkan Bandar Cyberjaya dan Cyber South bagi mengelakkan kesesakan dan manfaat pada kawasan lain seperti Bukit Damar?
318) UNIVERSITI MALAYA HEALTH METROPOLIS
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini permohonan dan kelulusan yang telah diberi untuk projek Universiti Malaya Health Metropolis yang dicadangkan di Seksyen 12, Petaling Jaya?