317) SENARAI HITAM KONTRAKTOR
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Jelaskan sistem menyenarai hitam kontraktor yang bermasalah bagi semua jabatan negeri masing-masing
-
Adakah penyelarasan di buat antara semua jabatan negeri semasa setiap perlantikan kontraktor di buat?
317) KAJI SEMULA PROGRAM SMUE
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur
Kategori: Mulut
-
Apakah program SMUE akan dikaji semula untuk melibatkan sekali bantuan perubatan?
-
Apakah program SMUE akan dikaji semula untuk menambah baikkan bantuan kepada warga emas?
317) LOKASI KAWASAN RISIKO BAHAYA DAN RISIKO BENCANA TANAH RUNTUH
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah keseluruhan lokasi yang berisiko mengalami kejadian tanah runtuh dalam pentadbiran MPAJ dan senaraikan kawasan-kawasan berisiko atau hotspot tanah runtuh? Apakah Kerajaan Negeri telah menjalankan kajian menyeluruh mengenai kawasan-kawasan sensitif dan berisiko tinggi di Ampang?
317) PELANCONGAN
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari
Kategori: Mulut
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri dalam merancakkan sektor pelancongan Negeri Selangor pada tahun ini sebagai langkah persediaan menyambut "Tahun Melawat Selangor" pada tahun hadapan?
317) PERTIKAIAN PERJANJIAN TANAH DI IJOK
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan terkini pertikaian perjanjian tanah yang bernilai RM1.18 bilion di Ijok antara Kerajaan Negeri Selangor, Eco World dan vendor-vendor lain?
-
Apakah "lesson-learnt" dari episod ini untuk kerajaan negeri dalam pengurusan tanah?
317) KILANG TANPA KEBENARAN
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan prestasi Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran dari 2008 hingga kini.
-
Apakah langkah-langkah penambah baikan yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah Kilang Tanpa Kebenaran?
317) PENCEMARAN AIR MENTAH
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Nyatakan strategi Kerajaan menangani permasalahan pencemaran air mentah yang sering berulang sehingga operasi LRA terjejas.
-
Nyatakan tindakan yang telah di ambil untuk mengatasi masalah itu dengan terperinci.
-
Senaraikan syarikat yang telah didakwa ke mahkamah berserta dengan hukumannya masing-masing dari 2013-kini
317) STATUS PEMILIKAN
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari
Kategori: Bertulis
-
Apakah status kolam-kolam memancing ikan di kawasan Kampung Sungai Sireh dan Pelabuhan Klang dari segi perancangan dan pemilikan kolam-kolam tersebut?
317) RIZAB TANAH KEBAJIKAN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Nyatakan usaha yang telah dilakukan selepas kerajaan berjanji pada sidang yang lalu untuk mengkaji mewartakan tanah-tanah bagi kegunaan pusat jagaan kebajikan
317) PERANAN PENGERUSI JPKK ( KETUA KAMPUNG )
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh
Kategori: Bertulis
-
Apakah peranan ketua kampung dalam menjalankan tugas di kawasan yang dilantik? Apakah ciri - ciri dan asas perlantikan mereka supaya mereka ini lebih profesional dalam menjalankan tugas?