316) LEBUHRAYA EKVE
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Adakah semua kelulusan telah diberi untuk pembinaan lebuhraya EKVE bermula?
-
Sila kemukakan tarikh setiap peringkat kelulusan diberi
316) KEBERSIHAN DI KAWASAN KAMPUNG BARU DAN KAMPUNG TRADISI
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Cheong Kian Young
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri akan menyediakan tong sampah kepada kawasan kampung baru dan kampung tradisi?
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri untuk mengurangkan penghasilan sampah oleh penduduk kampung?
316) CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY OLEH MBI
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah Corporate Social Responsibility (CSR) yang dibuat oleh Menteri Besar Incorporated (MBI) dalam tahun 2022 dan 2023 dan nyatakan sumber pembiayaan CSR bagi kedua-dua tahun berkenaan?
316) PERUNTUKAN PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN PARIT JPS
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Kepesatan pembangunan tanah pertanian, DUN MERU menerima kesan banjir. Berdasarkan apakah peratus kelulusan bajet diberi?
-
Bagaimanakah jadual membersih dan peruntukan perlu dipertingkatkan?
-
Apakah pelan pembangunan parit-parit selain parit jalan Hamzah Alang?
317) KILANG TANPA KEBENARAN
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan prestasi Program Pemutihan Kilang Tanpa Kebenaran dari 2008 hingga kini.
-
Apakah langkah-langkah penambah baikan yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mengatasi masalah Kilang Tanpa Kebenaran?
317) STATUS PEMILIKAN
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari
Kategori: Bertulis
-
Apakah status kolam-kolam memancing ikan di kawasan Kampung Sungai Sireh dan Pelabuhan Klang dari segi perancangan dan pemilikan kolam-kolam tersebut?
317) KAJIAN ADAT-ADAT MELAYU
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan negeri melakukan kajian terhadap adat-adat Melayu Selangor?
-
Apakah sumbangan adat-adat Melayu selama ini kepada pembangunan negeri?
317) PERANAN PENGERUSI JPKK ( KETUA KAMPUNG )
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh
Kategori: Bertulis
-
Apakah peranan ketua kampung dalam menjalankan tugas di kawasan yang dilantik? Apakah ciri - ciri dan asas perlantikan mereka supaya mereka ini lebih profesional dalam menjalankan tugas?
317) KILANG-KILANG HARAM
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
-
Apakah pencapaian EXCO portfolio Penyelesaian Kilang Haram di tahun 2014?
-
Apakah KPI penting pencapaian EXCO pada tahun-tahun sebelum ini?
-
Bagaimanakah dasar dan perancangan KPI EXCO portfolio ini tahun 2015?
317) KEMAJUAN USAHAWAN
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Apakah program pembangunan untuk usahawan yang telah beroperasi?
-
Nyatakan bilangan dan profil perniagaan para usahawan yang telah dibantu dari tahun 2008 hingga 2014?
-
Apakah pencapaian yang boleh dibanggakan dari usahawan yang telah dibantu?