314) PORTFOLIO KESIHATAN
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
-
Apakah prestasi pencapaian EXCO Kesihatan tahun 2014?
-
Bagaimanakah perancangan dan dasar portfolio Kesihatan tahun 2015?
-
Apakah dasar-dasar ini dapat memastikan warga Selangor yang sihat dan selamat?
314) HUTAN SIMPAN REKREASI
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh
Kategori: Bertulis
-
Mohon senaraikan hutan simpan yang terletak di kawasan Kuala Selangor, termasuk nama dan keluasan setiap hutan simpan tersebut.
-
Senaraikan hutan simpan di Selangor yang terlibat dengan aktiviti rekreasi. Nyatakan aktiviti rekreasi yang disediakan di setiap lokasi tersebut.
-
Apakah inisiatif yang sedang atau telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk memperbanyakkan hutan rekreasi di negeri ini? Selain itu, apakah prosedur atau garis panduan yang perlu diikuti untuk mencadangkan kawasan strategik bagi pembangunan hutan rekreasi di Selangor?
314) GERAI DAN KIOSK
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
6 buah PBT iaitu MBPJ, MPK, MPAJ, MPKj, MPSp dan MDHS menyatakan tiada pembinaan gerai dan kiosk baharu untuk peniaga kecil dari 2008 - 2013. Kenapakah perkara ini berlaku?
-
Sejauh mana keseriusan kerajaan dalam membela nasib peniaga kecil?
-
Adakah kerajaan berhasrat membina gerai dan kiosk berkenaan pada masa hadapan?
314) ISU KEMUDAHAN AWAM
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan Negeri akan membina lebih banyak taman rekreasi dan kemudahan sukan di kawasan luar bandar seperti DUN Sungai Kandis untuk penduduk terutamanya golongan belia?
314) STRATA TITLE
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh
Kategori: Bertulis
-
Apakah dasar Kerajaan Negeri mengenai pindahmilik strata pada individu?
-
Apakah statistik untuk rumah - rumah yang terlibat dan juga tempoh masa yang diambil untuk menyelesaikan isu ini secara khususnya di DUN Dengkil?
314) KESIAPSAGAAN BANJIR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan progres kesiapsagaan banjir bagi Selangor menjelang musim tengkujuh.
314) TAPAK PEMBUANGAN SAMPAH HARAM
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Senaraikan jumlah dan nama tempat yang menjadi tapak pembuangan sampah haram mengikut PBT?
-
Apakah tindakan yang telah diambil untuk menghapuskan tapak pembuangan sampah haram tersebut?
314) PERMOHONAN KEWARGANEGARAAN
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Ong Chun Wei
Kategori: Mulut
-
Apakah pencapaian dan kejayaan MySel sejak penubuhannya dalam membantu pemohon-pemohon kewarganegaraan Malaysia?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam mempercepatkan proses permohonan kewarganegaraan?
314) PENYERTAAN BELIA DALAM PENDIDIKAN TVET
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya
Kategori: Bertulis
-
Berapakah kadar penyertaan belia dalam institusi-institusi TVET Negeri Selangor?
-
Apakah inisiatif yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk mempromosikan institusi TVET?
-
Senaraikan kursus yang ditawarkan di institusi TVET milik Kerajaan Negeri Selangor.
314) KONTRAKTOR PENGGANTIAN PAIP AIR SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz
Kategori: Mulut
-
Sekiranya kontraktor gagal mengikut spesifikasi ketika melakukan kerja-kerja
penggantian paip dan pembaikan penurapan semula jalan, apakah tindakan yang akan diambil seperti kes yang telah berlaku di Sungai Michu Batu 14, Hulu Langat?