313) PERUNTUKAN KERAJAAN NEGERI – BOMBA SUKARELA
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Bomba Sukarela telah banyak membantu ketika berlaku kebakaran dan sebagainya. Nyatakan perancangan Kerajaan Negeri dalam usaha membantu meringankan beban kewangan yang dihadapi memandangkan peruntukan daripada Kerajaan Pusat adalah terhad.
313) TANAH TERBIAR , DEWAN SERBAGUNA DAN KEMUDAHAN REKREASI DI DUN PERMATANG
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh
Kategori: Bertulis
-
Mohon senaraikan tanah-tanah terbiar yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri Selangor dan anak syarikatnya di kawasan Kuala Selangor, termasuk keluasan setiap tanah tersebut.
-
Adakah terdapat tanah terbiar yang dimiliki atau di bawah kelolaan Majlis Daerah Kuala Selangor? Jika ada, mohon senaraikan tanah tersebut beserta lokasinya dan luas tanah yang terlibat.
-
Mohon senaraikan dewan serbaguna serta kemudahan rekreasi yang berada di bawah kelolaan Majlis Daerah Kuala Selangor yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang.
313) PERUNTUKAN UNTUK PENGHIASAN HARI PERAYAAN
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan akan mempertimbangkan memberi peruntukan kepada majlis tempatan dan pejabat DUN untuk menghias kawasan awam sempena hari perayaan?
314) HUTAN SIMPAN REKREASI
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh
Kategori: Bertulis
-
Mohon senaraikan hutan simpan yang terletak di kawasan Kuala Selangor, termasuk nama dan keluasan setiap hutan simpan tersebut.
-
Senaraikan hutan simpan di Selangor yang terlibat dengan aktiviti rekreasi. Nyatakan aktiviti rekreasi yang disediakan di setiap lokasi tersebut.
-
Apakah inisiatif yang sedang atau telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk memperbanyakkan hutan rekreasi di negeri ini? Selain itu, apakah prosedur atau garis panduan yang perlu diikuti untuk mencadangkan kawasan strategik bagi pembangunan hutan rekreasi di Selangor?
314) ISU KEMUDAHAN AWAM
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Wan Dzahanurin Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan Negeri akan membina lebih banyak taman rekreasi dan kemudahan sukan di kawasan luar bandar seperti DUN Sungai Kandis untuk penduduk terutamanya golongan belia?
314) STRATA TITLE
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh
Kategori: Bertulis
-
Apakah dasar Kerajaan Negeri mengenai pindahmilik strata pada individu?
-
Apakah statistik untuk rumah - rumah yang terlibat dan juga tempoh masa yang diambil untuk menyelesaikan isu ini secara khususnya di DUN Dengkil?
314) TAPAK PEMBUANGAN SAMPAH HARAM
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Senaraikan jumlah dan nama tempat yang menjadi tapak pembuangan sampah haram mengikut PBT?
-
Apakah tindakan yang telah diambil untuk menghapuskan tapak pembuangan sampah haram tersebut?
314) KESIAPSAGAAN BANJIR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
-
Sila nyatakan progres kesiapsagaan banjir bagi Selangor menjelang musim tengkujuh.
314) PERMOHONAN KEWARGANEGARAAN
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Ong Chun Wei
Kategori: Mulut
-
Apakah pencapaian dan kejayaan MySel sejak penubuhannya dalam membantu pemohon-pemohon kewarganegaraan Malaysia?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam mempercepatkan proses permohonan kewarganegaraan?
314) PENYERTAAN BELIA DALAM PENDIDIKAN TVET
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya
Kategori: Bertulis
-
Berapakah kadar penyertaan belia dalam institusi-institusi TVET Negeri Selangor?
-
Apakah inisiatif yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk mempromosikan institusi TVET?
-
Senaraikan kursus yang ditawarkan di institusi TVET milik Kerajaan Negeri Selangor.