310) SELANGOR FRUIT VALLEY
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah hasil yang dikeluarkan untuk tahun 2023 berbanding 2022?
-
Berapa peratus yang dipasarkan di pasaran domestik berbanding antarabangsa?
310) RANCANGAN STRUKTUR NEGERI SELANGOR 2035
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Apakah jaminan Kerajaan Negeri untuk memastikan pengubahan Rancangan Struktur (RS) Negeri Selangor 2035 akan menyatakan dengan jelas tidak ada pembangunan ‘high intensity' di kawasan sensitif alam sekitar, kawasan risiko bahaya dan kawasan risiko bencana di seluruh Negeri Selangor?
310) APAKAH STATUS PEMBINAAN DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari
Kategori: Bertulis
-
Apakah status pembinaan muzium setem dan muzium tekstil yang telah dicadangkan pembinaanya pada 2018? Jika ianya didalam proses berapa peratus setakat ini dan seandainya di tangguhkan apakah sebabnya?
-
Apakah status penjualan tanah golf milik PKNS di Tanjung Harapan? Saya mendapat maklum tempat tersebut telah menjadi satu kawasan terbiar dan tidak terurus antaranya semak samun,bangunan kosng dan terbiar.
-
Apakah status projek PKNS di Kampung Sg. Sireh dan perancangan pembinaan masjid yang patut dibangungkan bagi mengantikan surau sedia ada?
310) BANTUAN KHAS AIDILFITRI 2016
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan jumlah kakitangan KNS yang layak menerima manfaat tersebut?
-
Sila nyatakan pemberian Khas Aidilfitri dan bonus 1.5 bulan terhadap implikasi kewangan Negeri?
-
Sila nyatakan secara perbandingan pemberian khas Aidilfitri kakitangan KNS dengan Persekutuan sejak 3 tahun yang lepas?
310) PORTFOLIO KERAJAAN PRIHATIN
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
-
Apakah dasar dan perancangan kerja EXCO portfolio Kerajaan Prihatin tahun 2015?
-
Apakah ada perbezaan dasar dan program berbanding pentadbiran sebelum ini?
-
Bagaimanakah pencapaian portfolio ini di tahun 2014?
310) BAS AWAM PERCUMA
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Lapan buah PBT bertaraf bandaraya dan perbandaran telah mencadangkan perkhidmatan bas awam percuma. Apakah status terkini cadangan tersebut?
-
Apakah konsep perkhidmatan bas ini dan siapakah pengendalinya?
-
Berapa unitkah bas yang akan digunakan dan anggaran kos bulanan bagi lapan PBT tersebut?
310) PENERIMA BINGKAS DUN DENGKIL
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh
Kategori: Bertulis
-
Apakah kriteria bagi penerima bantuan BINGKAS dan siapa yang meluluskan permohonan ini?
-
Berapakah jumlah penerima bantuan BINGKAS di DUN Dengkil setakat Januari 2025?
310) ISU KENDERAAN BERAT
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan penguatkuasaan yang telah diambil terhadap pemilik kenderaan berat yang melanggar peraturan, terutamanya di kawasan sensitif seperti sekolah, taman perumahan dan kawasan komersial di DUN Sementa?
-
Berapakah kompaun yang telah dikeluarkan dan jenis kesalahan?
310) PERKHIDMATAN BAS SMART SELANGOR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh
Kategori: Bertulis
-
Adakah kerajaan bercadang untuk menambah servis bas Smart Selangor di kawasan Putra Perdana yang memiliki penduduk hampir 200 ribu orang?
310) KUMPULAN DARUL EHSAN BERHAD (KDEB)
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Apakah nama, nilai dan lokasi projek kendalian KDEB pada tahun 2014?
-
Nyatakan pendapatan dan keuntungan KDEB pada tahun 2014?
-
Senaraikan aset milik KDEB yang telah dijual pada tahun 2014 dan nilainya?