308) PELAN KAJIAN LALULINTAS SERTA PENGANGKUTAN AWAM DUN TERATAI
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Selangor mempunyai pelan kajian lalulintas serta pengangkutan awam di DUN Teratai?
-
Bilakah keadaan lalulintas di DUN Teratai boleh ditambahbaik memandangkan bas percuma Smart Selangor tidak melalui DUN Teratai serta pelan asal MRT 2 telah dipinda?
309) PERLANTIKAN KETUA KOMUNITI
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah perkembangan tentang isu Perlantikan Ketua Komuniti?
309) USAHAWAN MUDA
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Bertulis
-
Apakah bantuan yang disediakan oleh kerajaan negeri kepada usahawan muda?
-
Apakah usaha kerajaan negeri untuk mempertingkatkan jumlah usahawan muda?
-
Senaraikan perusahaan baru yang telah berjaya dibawah manfaat bantuan kerajaan negeri?
309) BAIK PULIH LAMPU JALAN JKR DAN PLB
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah kerajaan untuk mengatasi masalah jalan utama yang masih gelap akibat lampu yang sedia ada tidak menyala diseluruh Negeri Selangor?
-
Berapakah peruntukan yang diberikan kepada JKR di setiap daerah untuk baik pulih lampu jalan di jalan kendalian JKR dan PLB secara khususnya bagi Daerah Sepang?
309) PROGRAM PERKAHWINAN BELIA
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Memandangkan pasangan muda terbeban dengan kos perkahwinan. Apakah Kerajaan Negeri Selangor bercadang untuk menambah sumbangan Hadiah perkahwinan sedia ada?
-
Bagi memastikan perlaksanaan perkahwinan tercapai, apakah Kerajaan Negeri Selangor mempertimbangkan utk program perkahwinan belia beramai-ramai di setiap DUN, 3 kali setahun dengan kos yang minima?
309) JALAN ALTERNATIF BAGI KELANCARAN TRAFIK DARIPADA HULU LANGAT KE KUALA LUMPUR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz
Kategori: Mulut
-
Memohon kajian bagi mendapatkan satu akses laluan baru keluar masuk dari Kuala Lumpur ke Hulu Langat memandangkan keadaan trafik yang tinggi ketika ini.
309) PREMIS PERNIAGAAN WARGA ASING DI LEMBAH JAYA
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad
Kategori: Mulut
-
Apakah peranan Kerajaan Tempatan seperti Majlis Perbandaran Ampang Jaya dalam mengambil inisiatif utama untuk membanteras premis perniagaan pendatang asing tanpa lesen?
309) PROJEK NAIK TARAF KAMPUNG
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Mulut
-
Kerajaan negeri menyediakan RM2.7 juta untuk 23 kerja projek naik taraf yang dijangka siap hujung tahun 2013. Apakah status terkini projek dan pihak manakah yang memantaunya?
-
Nyatakan kampung-kampung terlibat mengikut daerah dan DUN?
309) PASAR BORONG SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah pendapatan yang diterima oleh PKPS melalui Pasar Borong Selangor sejak lima tahun kebelakangan ini?
-
Apakah inisiatif yang telah dilaksanakan oleh PKPS dalam mempromosi dan mengetengahkan potensi Pasar Borong Selangor?
309) ISU STATUS TANAH SEKOLAH AGAMA DAN SURAU
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani
Kategori: Mulut
-
Apakah inisiatif kerajaan dalam menyelesaikan isu status tanah Sekolah Agama dan Surau yang belum diselesaikan di kawasan Batang Kali dan Hulu Selangor?
-
b) Berapa lamakah masa yang diambil untuk menyelesaikan isu tersebut yang masih belum diselesaikan di Hulu Selangor?