308) MASALAH PUNGUTAN SAMPAH
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri untuk menghentikan aktiviti sampah haram di kawasan DUN Dengkil ini?
308) INDUSTRI KHINZIR DI SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah ladang dan khinzir mengikut daerah?
-
Berapakah pendapatan yang Kerajaan Negeri terima dari industri ini?
-
Apakah prosedur penghantaran dari ladang ke pusat penyembelihan dan jualan?
308) PERLINDUNGAN KANAK-KANAK DALAM OPERASI GISBH
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Mariam Binti Abdul Rashid
Kategori: Mulut
-
Nyatakan bilangan kanak-kanak bawah 18 tahun yang ditempatkan di pusat jagaan bagi operasi GISBH Selangor.
-
Apakah strategi diambil bagi pemulihan kanak-kanak tersebut?
-
Apakah strategi kerajaan dalam melindungi kanak-kanak tersebut dari aspek perundangan?
308) KESAN RANTAIAN EKONOMI OLEH PENINGKATAN CUKAI SST 8%
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin
Kategori: Mulut
-
Kenaikan cukai SST 8% bagi sektor perkhidmatan akan datang, berkemungkinan besar akan mengakibatkan kesan rantaian ekonomi yang menghimpit rakyat. Apakah langkah Kerajaan Selangor untuk menghadapi perkara ini?
308) PLAN PERSEDIAAN BENCANA ALAM
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Apakah pelan persediaan Kerajaan negeri bagi menghadapi bencana alam seperti banjir atau kemarau?
-
Mohon menyatakan SOP bencana alam yang digunapakai oleh Kerajaan Negeri
-
Bagaimanakah keupayaan (kesiapsiagaan) agensi-agensi yang terlibat sebaik sahaja operasi menyelamat digerakkan
308) LIPUTAN INTERNET DAN PERKHIDMATAN TELEKOMUNIKASI DI HULU SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Pang Sock Tao
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan naik taraf liputan 4G dan infrastruktur telekomunikasi di taman perumahan dan kampung-kampung orang asli di Hulu Selangor dan KKB?
-
Apakah pelan naiktaraf infrastruktur telco di jalanraya yang kini masih tiada infra telco seperti Jalan Rasa Kuala Kubu Baharu?
308) WTE KUALA SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya
Kategori: Bertulis
-
Apakah status semasa pembinaan fasiliti WTE Kuala Selangor yang sepatutnya dijadualkan mencapai COD pada Disember 2025?
-
Berapakah anggaran jumlah tenaga kerja mahir dan separa mahir yang diperlukan untuk operasi penuh WTE ini?
-
Adakah pengambilan tenaga kerja di fasiliti ini akan mengutamakan tenaga kerja tempatan terutama anak jati Kuala Selangor?
308) JOM SHOPPING UNTUK ANAK SELANGOR DI KL
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Adakah perancangan Kerajaan Negeri untuk memperluaskan Program Jom Shopping untuk warga Selangor yang bermastautin di KL (dengan syarat seperti Skim Mesra Usia Emas)?
-
Bagaimanakah status terkini kelulusan cadangan tersebut?
308) SUBSIDI YURAN TASKA
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Pekeliling bil. 04/2007 dan 13/2008 berkenaan pemberian subsidi yuran Taska telah diganti dengan Pekeliling bil. 38/2013. Adakah Kerajaan Selangor bersedia melakukan sesuatu yang melebihi apa yang diperuntukkan dalam surat pekeliling ini sebagai penghargaan kepada sumbangan kakitangan awam wanita?
308) CADANGAN TANAH PERKUBURAN BUKAN ISLAM DI LOT 9942 DAN 9987 MUKIM JERAM KUALA SELANGOR ZON PERKUBURAN DALAM RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS DAERAH KUALA SELANGOR 2025 (RTMDKS 2025). MENCETUS BANTAHAN TERBUKA PENDUDUK BERSEMPADAN DAN BERHAMPIRAN
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah kronologi awal status tanah kerajaan Selangor, serah milik dan pindah milik kepada pemaju?
-
Bagaimana dipastikan Hebahan Awam pengezonan dan Kebenaran Merancang sampai kepada penduduk sekitar?
-
Bagaimanakah status terkini kelulusan cadangan tersebut?