306) HAIWAN LIAR
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri dan jabatan tertentu untuk membendung masalah haiwan liar seperti monyet, kera, anjing liar, dan babi hutan yang mengganggu keselamatan dan merosakkan harta benda di kampung-kampung DUN Sungai Air Tawar?
306) PEMBERIAN TANAH KEPADA SEKOLAH
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Memandangkan Kementerian Pendidikan telah memberi kelulusan kepada SMJK Yu Hua 2, dan tanah yang diperuntukkan oleh pemaju sebagai penderma kurang daripada 10 ekar, adakah Kerajaan Negeri sedia memberi sebidang tanah seluas melebihi 10 ekar seperti yang disyaratkan oleh kementerian
306) PERANCANGAN LALUAN MRT JAJARAN 2 & 3
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan atau perbincangan Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Persekutuan berkenaan laluan cadangan jajaran MRT 2 & 3?
-
Adakah Kerajaan Negeri proaktif mencadangkan sesuatu jajaran baru?
306) USAHA, PROMOSI DAN PROGRAM BERSEMPENA TAHUN MELAWAT SELANGOR 2025
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh
Kategori: Bertulis
-
2025 sudah bermulanya Tahun Melawat Selangor. Apakah usaha yang sudah dilakukan dan dipromosikan khususnya di kawasan Dengkil?
-
Adakah Wakil Rakyat Kawasan Dengkil dilibatkan dengan sebarang program setempat yang melibatkan Pejabat Daerah dan Majlis Perbandaran Sepang berkenaan Tahun Melawat Selangor 2025?
306) KAWASAN RIADAH BUKIT UNGGUL
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh
Kategori: Mulut
-
Bukit Unggul/ Bukit Beirut adalah salah satu tempat tumpuan para pendaki dan sukan ekstrim motorcross. Adakah kerajaan bercadang untuk menaik taraf kawasan ini menjadi pusat riadah dan rekreasi?
306) SKIM AIR DARUL EHSAN (SADE)
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh
Kategori: Bertulis
-
Apakah statistik penerima Skim Air Darul Ehsan (SADE) di seluruh Selangor?
-
Berapakah peruntukan yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri untuk Skim Air Darul Ehsan (SADE) ini dari mula sehingga kini?
306) BANTUAN KEPADA PESAKIT DIALISIS
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah Panel Dialisis Sihat Selangor yang telah dilantik mengikut daerah.
-
Nyatakan bantuan lain daripada Kerajaan Negeri kepada pesakit dialisis selain daripada melalui Panel Dialisis Sihat Selangor memandangkan terdapat kawasan DUN yang tidak mempunyai pusat dialisis swasta.
306) PERANCANGAN PENYEDIAAN PERUMAHAN DI PULAU INDAH
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
-
Berdasarkan pelaksanaan projek pembesaran Westport 2 yang dijangka membuka peluang pekerjaan kepada lebih 6,000 orang, apakah perancangan Kerajaan Negeri dalam memastikan penyediaan perumahan yang mencukupi dan mampu milik di Pulau Indah untuk menampung pertambahan penduduk yang bakal berlaku?
306) TAPAK SAMPAH HARAM DI KAMPUNG SUNGAI SERDANG
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Noor Najhan Bin Mohamad Salleh
Kategori: Mulut
-
Mengapakah isu tapak pelupusan sampah haram wujud sekian lama tanpa tindakan berkesan di Kampung Sungai Serdang?
-
Siapakah yang bertanggungjawab untuk memastikan sampah haram yang telah menggunung dibersihkan?
-
Apakah tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri dari Mei 2023 hingga sekarang?
306) PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila senaraikan semua rizab PBT di Negeri Selangor dari 2013-2015?
-
Sila senaraikan PBT yang mengalami belanjawan defisit dari 2013-2015?
-
Sila gariskan apakah perancangan terperinci bagi memastikan hasil pendapatan PBT terus bertambah dan rizab semakin kukuh?