305) PEMBANGUNAN PKNS SPORTS CITY DI KELANA JAYA
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Adakah PKNS bercadang untuk membatalkan projek ini, demi memelihara kawasan hijau yang sangat terhad di Petaling Jaya?
-
Berapakah pampasan yang perlu dibayar kepada Melati Ehsan Holding Bhd jika projek ini dibatalkan?
305) KUMPULAN SEMESTA SDN. BHD (KSSB)
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila kemukakan kedudukan kewangan terkini KSSB?
-
Sila nyatakan berapakah jumlah royalti pasir yang dibayar oleh KSSB kepada Kerajaan Negeri Selangor sejak penubuhannya?
-
Sila nyatakan selain pasir, apakah KSSB bersedia menerokai perlombongan bauksit bagi menjana hasil tambahan?
305) BANGUNAN YAYASAN SELANGOR BUKIT BINTANG
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini bangunan Yayasan Selangor Bukit Bintang?
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk mengaktifkan semula bangunan tersebut?
305) PUSAT DIALISIS RAKYAT (PDR)
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Senaraikan PDR yang baharu dilancarkan pada tahun 2014?
-
Berapakah imbuhan yang diberikan kepada syarikat perunding perubatan yang membantu kerajaan negeri dalam pelaksanaan PDR ?
-
Nyatakan perbelanjaan yang telah dikeluarkan kerajaan negeri sepanjang perlaksanaan PDR?
305) MENDIRIKAN BALAI BOMBA DI DUSUN TUA
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz
Kategori: Mulut
-
Dusun Tua terpaksa menunggu bantuan sekitar Kajang, Bandar Tun Hussein Onn ataupun daripada Ampang sekiranya berlaku kemalangan, kebakaran yang memerlukan khidmat bomba. Adakah cadangan membina kemudahan tersebut?
-
Sekiranya ada, dimanakah lokasi tersebut?
-
Bilakah cadangan pembinaan?
305) ILTIZAM SELANGOR PENYAYANG
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah yang telah dibelanjakan beserta jumlah penerima manfaat mengikut pecahan inisiatif di dalam Iltizam Penyayang Selangor.
305) DEWAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Apakah Kerajaan Negeri bersedia untuk membuat live streaming semasa Mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Kerajaan (PAC) demi memartabatkan imej Dewan Negeri Selangor untuk menjamin ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam menjalankan prosiding ini?
305) LUAS TANAH DIBAWAH PENTADBIRAN MBPJ
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
-
Sila butirkan keluasan keseluruhan kawasan pentadbiran MBPJ.
-
Sila butirkan perincian mengikut seksyen keluasan MBPJ tersebut.
-
Sila butirkan perincian kegunaan tanah untuk setiap kategori kegunaan seperti di dalam Rancangan Tempatan Petaling Jaya.
305) PERKHIDMATAN PERMOHONAN SECARA EKSPRES
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Senaraikan jenis permohonan yang PBT menawarkan perkhidmatan ekspres dengan tempoh kelulusan masing-masing.
305) PEMUTIHAN KEDAI MAKAN
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Mulut
-
Apakah terdapat perancangan pemutihan ke atas kedai-kedai makan tanpa lesen yang beroperasi di atas tanah-tanah bukan rizab komersil?