26) LEMBU BERKELIARAN
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Mulut
-
Lembu, anjing berkeliaran bebas tanpa tuan, mengundang rasa tidak selamat dan membahayakan keselamatan penduduk setempat. Apakah penguatkuasaan undang-undang yang dikenakan?
-
Adakah lembu yang diternak mempunyai tag rekod supaya dapat mengesan tuan punya haiwan peliharaan?
26) PEWARTAAN TANAH KAMPUNG ORANG ASLI DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Orang Asli
Adun: Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor mengambil inisiatif dalam melakukan pewartaan tanah bagi Kampung Orang Asli di Negeri Selangor?
26) BANTUAN PENDIDIKAN
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Sebagai sebuah kerajaan negeri yang menawarkan pelbagai kebajikan kepada rakyat, bilakah pemberian bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri, pemberian bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra sekolah dan pemberian hadiah RM1,OOO kepada setiap anak Selangor yang mendapat tawaran ke universiti akan dilaksanakan?
-
Di manakah tempatnya dan pihak manakah yang akan bertanggungjawab sepenuhnya bagi membolehkan rakyat Negeri Selangor dapat menuntut bantuan-bantuan berkenaan
-
Sila senaraikan sepenuhnya nurseri, pra sekolah dan universiti yang bakal mendapat bantuan dan hadiah berkenaan
26) CARA UNTUK DILIHAT SUPAYA PBT MENJALANKAN SATU SISTEM YANG DINAMIK MENGATASI MASALAH GERAI-GERAI TANPA LESEN DENGAN CARA BERPERIKEMANUSIAAN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah cara untuk dilihat supaya PBT menjalankan satu sistem yang dinamik untuk mengatasi masalah gerai-gerai tanpa lesen dengan cara berperikemanusiaan?
26) PERNIAGAAN ATAS TALIAN
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
-
Bagaimana respon pembeli dan peniaga yang menyertai PLATS pada bulan Ramadhan?
-
Apakah rancangan seterusnya untuk membantu peniaga dalam peryertaan dalam perniagaan atas talian?
26) KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS)
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Apakah strategi KUIS untuk memastikan ia kompetitif dari segi kualiti kursus, yuran dan kakitangan akademiknya?
-
Apakah kerajaan negeri bercadang untuk meningkatkan tahap KUIS menjadi universiti penuh di masa hadapan?
-
Apakah graduan lulusan KUIS kini cukup kompetitif untuk bersaing dalam pasaran kerja tempatan?
26) CAJ PEMBANGUNAN KEPADA PEMAJU
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli
Kategori: Mulut
-
Mohon penjelasan mengapa pemaju tidak diminta untuk menyediakan kemudahan surau atau kemudahan awam sebelum sesuatu tempat kawasan itu dibuka?
-
Bagaimana hendak mengatasi masalah kepadatan penduduk bagi mendapatkan kemudahan awam seperti klinik, balai polis, balai bomba di kawasan Bandar Puncak Alam?
26) PRESTASI ANAK-ANAK SYARIKAT MENTERI BESAR INCORPORATED (MBI)
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sila senaraikan keuntungan/kerugian tahunan semua anak-anak syarikat Menteri Besar Incorporated (MBI) dan subsidiari-subsidiari mereka pada tahun 2016.
-
Adakah setiap syarikat di (a) membayar dividen kepada Kerajaan Negeri pada tahun 2016? Senaraikan syarikat-syarikat yang bayar dan jumlahnya
26) PUSAT WANITA BERDAYA
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail
Kategori: Mulut
-
Mohon disegerakan surat pelantikan dan pembayaran elaun kepada penyelaras PWB di setiap DUN
26) RUMAH SELANGORKU
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk memperbanyakkan program Rumah Selangorku di DUN Meru bagi membantu rakyat yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah sendiri?