304) SKIM MESRA USIA EMAS (SMUE)
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan
Kategori: Bertulis
-
Apakah rasional di sebalik arahan untuk Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) di bawah Kerajaan Negeri menutup segala permohonan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) pada tarikh 30 November 2024?
-
Adakah bantuan ini akan berjalan semula pada tahun 2025 dan jika ya, bilakah tarikh pembukaan permohonan baharu?
304) PENGUSAHA & PEKERJA KEDAI MAKAN WARGA ASING DI DUN MERU
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Apakah kebersihan penyediaan, tempat dan kesihatan pekerja mematuhi syarat-syarat?
-
Berapakah bilangan dan lokasi mengikut siasatan dan bancian MPK? Senaraikan bersama lokasi.
-
bagi tahun 2015, berapa kali operasi dan kompaun dikeluarkan? senaraikan premis tersebut.
304) KENDERAAN BERAT PARKIR DI BAHU JALAN DI KOTA DAMANSARA
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan negeri bercadang menyediakan parkir khas kenderaan berat bagi mengelakkan ia diletakkan di bahu jalan?
-
Apakah tindakan kerajaan negeri kepada pemilik kenderaan berat tersebut?
304) SKIM KESIHATAN WANITA (SKW)
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah penerima manfaat di bawah skim kesihatan wanita di Negeri Selangor?
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk memperluas skim kepada servis kesihatan yang lain?
304) TANAMAN KONTAN DI TAPAK REZAB HUTAN KUALA LANGAT
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar kerajaan berkenan pekebun sayur yang menjalankan aktiviti tanaman kontan di tapak tanah rizab Hutan Kuala Langat?
-
Bolehkah mereka diluluskan Lesen Menduduki Sementara (T. O. L)?
-
Apakah jenis bantuan kerajaan bagi kepada pekebun-pekebun?
304) PRESTASI PEMUTIHAN PROGRAM KILANG HARAM
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Berapakah kilang haram yang berjaya diputihkan dalam program-program lepas?
-
Berapa kilang yang telah diroboh kerana enggan melalui proses pemutihan?
304) PENJAJA HARAM
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri kepada penjaja haram yang menjalankan perniagaan di bahu jalan dan membahayakan keselamatan?
-
Nyatakan jumlah tindakan yang telah diambil dari 2014-2016 mengikut PBT.
304) MESYUARAT LEMBAGA PENGARAH UNISEL
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Bila tarikh terakhir Mesyuarat Lembaga Pengarah UNISEL yang dipengerusikan oleh Dato' Menteri Besar dan nyatakan kekerapan bilangan mesyuarat ini untuk tahun 2022 dan 2023?
304) PINJAMAN PENGAJIAN
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Negeri Selangor telah memberikan pinjaman kepada yang layak. Sejak diperkenalkan, berapakah tunggakan hutang yang belum dijelaskan oleh peminjam
-
Apakah kaedah yang digunakan untuk menuntut hutang tersebut
-
Adakah kerajaan bercadang untuk melupuskan hutang tersebut.
304) REBAN AYAM
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah reban ayam berlesen bagi setiap PBT.
-
Jelaskan secara ringkas proses permohonan lesen reban ayam.
-
Jelaskan secara ringkas bagaimanakah PBT menangani aduan-aduan terhadap reban ayam?