301) PENGAIRAN DAN SALIRAN
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini Projek Struktur Kawalan Saliran dan Pasang Surut di kawasan pengairan Barat Laut, Sabak Bernam yang menelan belanja RM6,000,000.00?
-
Berapa ramai pegawai yang ditugaskan bagi menyelia 578 kunci air serta nyatakan kawasan/tempat kunci air yang tiada pegawai menyelia?
301) PENARIKAN PELABURAN ASING MELALUI KONVENSYEN NEGERI
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan
Kategori: Bertulis
-
Apakah tahap keberhasilan konvensyen-konvensyen seperti Selangor International Halal Convention 2024 dan Selangor Smart City & Digital Economy Convention 2024, terutamanya dari sudut penarikan pelaburan langsung asing (FDI) ke Negeri Selangor?
-
Selain aspek FDI, bagaimanakah kedua-dua konvensyen ini telah mempengaruhi status pasaran kewangan domestik untuk Negeri Selangor setakat ini?
301) PENDERAAN EMOSI DAN FIZIKAL
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Nyatakan statistik penderaan emosi dan fizikal yang dilaporkan di Selangor dari 2014-2016
-
Apakah peranan Kerajaan Negeri untuk membantu mangsa penderaan tersebut?
-
Apakah rangka kerjasama Kerajaan Negeri dengan pihak Polis ke arah menyelaraskan tindakan dan usaha membendung kes penderaan tersebut?
301) PELAN PRAKTIKAL KERAJAAN MEMBANTU KELOMPOK PINGGIRAN BANDAR
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah kelompok rakyat pinggiran bandar diberi bantuan secara praktikal oleh kerajaan negeri supaya mampu memperolehi sumber makanan yang cukup dan berkhasiat?
-
Bersediakah kerajaan negeri menyediakan pakej tanaman sayuran untuk kegunaan sendiri bagi golongan terpilih seperti suri rumah dan OKU ?
301) PERUNTUKAN PEMADAM
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Bilakah akan diluluskan?
-
Berapakah jumlahnya?
-
Bagaimanakah peruntukan tersebut disalurkan?
301) PEMERKASAAN WANITA
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya
Kategori: Bertulis
-
Apakah ikhtiar Kerajaan Negeri untuk membantu usahawan wanita?
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai bantuan atau latihan khas untuk membantu golongan ibu tunggal untuk memulakan perniagaan taska?
301) TASKA / TADIKA DI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Apakah undang-undang yang patut dipatuhi untuk penubuhan taska atau tadika di Selangor?
-
Berapakah bilangan taska atau tadika ditubuhkan di dalam Bangunanbangunan Kerajaan Selangor sehingga masa kini?
-
Berapakah bilangan Bangunan Kerajaan Selangor yang masih tidak ada taska atau tadika?
301) PENGECUALIAN CUKAI PINTU RUMAH KOS RENDAH, KAMPUNG TRADISI DAN BAGAN
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani
Kategori: Mulut
-
Apakah status dan perincian semakan semula oleh Kerajaan Negeri untuk mengecualikan cukai pintu dalam tempoh tahun 2024 sehingga 2028 di seluruh Selangor?
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk manaikan cukai pintu di seluruh Selangor dalam tempoh 4 tahun sehingga 2028?
301) MASALAH KETIADAAN GERAN PERSENDIRIAN (INDIVIDUAL TITLE) DAN GERAN BERTINGKAT (STRATA TITLE) BAGI BANGUNAN DI TAMAN PUTRA PERDANA
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Siapakah yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan permasalahan pemecahan Òmaster titleÓ ini?
-
Mengapa proses pemecahan Òmaster titleÓ ini mengambil masa yang terlalu lama untuk diselesaikan?
-
Sekiranya pemaju tidak dapat menyelesaikan masalah ini, apakah tindakan drastik Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah rakyat di kawasan ini yang telah berlarutan begitu lama.
301) SKIM BIAYA RUMAH
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah penerima Skim Biaya Rumah berjumlah RM 100 juta dalam Belanjawan Selangor 2023 mengikut umur dan kaum yang bertujuan untuk membantu rakyat Selangor menyelesaikan isu pembayaran deposit rumah pertama?