300) PENYELENGGARAAN GELANGGANG
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan agensi yang bertanggungjawab untuk menyelenggara semua gelanggang terutama di Daerah Kuala Selangor.
-
Berapakah peruntukan tahunan yang diberikan untuk menyelenggara gelanggang yang uzur dan siapakah yang menerima peruntukan tersebut?
-
Adakah kutipan yuran atau sebarang bayaran sebagai contoh oleh pihak JPKK atau KRT adalah dibenarkan? Jika ya, adakah terdapat garis panduan spesifik berkenaan kutipan tersebut?
300) PROGRAM YAYASAN SELANGOR
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
-
Antara peranan Yayasan Selangor ialah menyediakan program dan kemudahan pendidikan kepada anak-anak Selangor. Senaraikan program dan tempat perlaksanaan bagi tahun 2012-2013?
-
Berapakah peruntukan setahun untuk melaksanakan program pendidikan dibawah Yayasan Selangor?
-
Berapakah peruntukan setahun untuk menyelenggara segala kemudahan milik Yayasan Selangor?
300) SKIM JAMINAN AIR MENTAH
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Apakah keberkesanan peruntukan Kerajaan Negeri sejumlah RM300 juta di bawah Skim Jaminan Air Mentah untuk menjamin kelestarian bekalan air mentah di Negeri Selangor?
300) PERUNTUKAN MARRIS TERKUMPUL
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Apakah jumlah dana terkumpul peruntukan MARRIS yang tidak dibelanja oleh Kerajaan Negeri?
-
Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan negeri supaya dapat menggunakan wang MARRIS dengan lebih efektif?
300) PENCEMARAN ALAM SEKITAR OLEH KILANG-KILANG DI TELOK GONG DAN PULAU INDAH
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah kilang yang telah mencemarkan alam sekitar seperti pencemaran udara, bau dan sungai dari tahun 2018 sehingga kini?
-
Berapakah jumlah kilang yang membuat kesalahan sama berulang kali?
-
Apakah jenis tindakan undang-undang yang telah diambil terhadap kilang-kilang tersebut?
300) PEJABAT PENASIHAT EKONOMI SELANGOR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah kos pengurusan pejabat Penasihat Ekonomi Selangor bermula pada tarikh dibuka sehingga pejabat tersebut diarahkan tutup?
-
Senaraikan jawatan kerja yang berkhidmat di pejabat ini dan jumlah gaji yang dibayar kepada mereka?
300) CADANGAN LALUAN MRT 2
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri telah membantah pindaan cadangan laluan MRT 2 yang melibatkan tanah kerajaan tetapi membawa manfaat kepada Bandar 1 Malaysia semata-mata?
-
Apakah usaha-usaha Kerajaan Negeri dilakukan untuk memastikan laluan MRT atau monorail dapat menampung keperluan penduduk semaksima yang mungkin?
301) PENGAGIHAN SISA PEPEJAL
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Nyatakan perancangan kerajaan dalam usaha meningkatkan kadar kitar semula dalam negeri dan sasaran yang ditetapkan oleh kerajaan
301) KESELAMATAN JALAN RAYA
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari
Kategori: Bertulis
-
Apakah langkah-langkah yang diambil untuk meningkatkan keselamatan jalan raya di Selangor terutama di Selat Klang?
-
Apakah kempen kesedaran yang dijalankan untuk mengurangkan kemalangan?
301) PERKHIDMATAN AMBULANS KITA SELANGOR
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
-
Berbanding dengan menurunkan peruntukan kepada setiap PBT, adakah kerajaan akan mempertimbangkan untuk membahagikan peruntukan secara rata kepada setiap DUN untuk melaksanakan perkhidmatan Ambulans Kita Selangor supaya dapat bekerjasama dengan lebih banyak NGO tempatan yang menawarkan perkhidmatan yang sama?