297) PERANAN SELANGOR DALAM KEPENGERUSIAN ASEAN MALAYSIA
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Pua Pei Ling
Kategori: Mulut
-
Apakah bentuk penglibatan Selangor dalam acara atau program yang dianjurkan semasa Malaysia memegang kepengerusian ASEAN?
-
Bagaimanakah Selangor memanfaatkan kepengerusian ASEAN untuk mempromosikan potensi pelaburan dan kerjasama antara negeri-negeri ASEAN dalam sektor ekonomi, teknologi dan pendidikan?
297) PROJEK PEMBINAAN RANGKAIAN PAIP PEMBETUNGAN
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Apakah masalah sebenar kelewatan menyiapkan Projek Pembinaan Rangkaian Paip Pembetungan di Jalan Enggang, Jalan AU2 sehingga Jalan AU5, Hulu Kelang yang sudah berlarutan lebih 9 tahun? Apakah tindakan Kerajaan Negeri terhadap kontraktor utama, Puncak Niaga Construction yang gagal untuk menyiapkan mengikut jadual dan menimbulkan pelbagai kesusahan kepada rakyat dan pengguna jalanraya?
297) PKNS ENGINEERING CONSTRUCTION BERHAD (PECB)
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
-
Nyatakan prestasi kewangan PECB dari tahun 2010-2014?
-
Apakah faktor yang menyebabkan PECB mengalami kemerosotan?
297) VANDALISME KEMUDAHAN AWAM
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Mohd Razali Bin Saari
Kategori: Mulut
-
Sepanjang 2023 tiada program khusus berkenaan memberi kesedaran vandalisme, apakah program khusus sepanjang 2024?
-
Apakah terdapat usul oleh Kerajaan Negeri untuk mencadangan bentuk tindakan yang tegas terhadap pesalah vandalisme?
-
Apakah pihak MPKK, ada melaksanakan inisiatif seperti yang dilaksanakan oleh PDRM?
297) PEMBANGUNAN JALAN KAMPUNG
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
-
Berapa peruntukan kos membaiki jalan-jalan kampung Sabak Bernam untuk tahun 2023?
-
Apakah kekangan kerajaan sehingga masih gagal untuk memasang lampu jalan di kawasan penting?
297) INISIATIF KETERJAMINAN MAKANAN KUALA SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam mengembangkan inisiatif keterjaminan makanan seperti Inisiatif Pembangunan Kawasan Sabak Bernam (SABDA) ke Daerah Kuala Selangor khususnya di bawah DUN Jeram?
297) HUTANG KUMPULAN DARUL EHSAN BERHAD (KDEB)
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Apakah status pembayaran pinjaman Kerajaan Negeri sebanyak RM413.2 juta kepada Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) untuk mengambil alih Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB)?
-
Bagaimanakah kerajaan negeri memastikan anak-anak syarikat memenuhi komitmen pembayaran hutang kepada kerajaan? Apakah langkah-langkah disiplin?
297) PROJEK JALAN PINTASAN DARI HOSPITAL SUNGAI BULOH SEHINGGA KAMPUNG SERI INDAH A
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri
Kategori: Mulut
-
Apakah status kemajuan Projek Jalan Pintasan dari Hospital Sungai Buloh sehingga Kampung Seri Indah A?
-
Apakah ada masalah-masalah dalam pelaksanaan projek ini?
-
Bilakah projek ini dijangka siap sepenuhnya?
297) KUMPULAN SEMESTA S/B (KSSB)
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila kemukakan kedudukan kewangan terkini KSSB?
-
Sila nyatakan berapakah jumlah royalti pasir yang dibayar oleh KSSB kepada KNS dari 2010-2014?
-
Sila senaraikan Nama Ð nama Ahli Lembaga Pengarah KSSB dari 2010-2014 dan gaji ,elaun serta kemudahan yang dinikmati?
297) JALAN ROSAK
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Apakah kesulitan yang dihadapi oleh PBT atau JKR untuk menyelesaikan aduan jalan rosak dengan segera?
-
Nyatakan faktor utama jalan-jalan yang telah diturap masih kerap mengalami kerosakan
-
Nyatakan PBT yang telah menubuhkan skuad untuk memantau dan mengesan lokasi jalan rosak