296) PROSES MENDAPATKAN LESEN PERNIAGAAN DI SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Nurul Syazwani Binti Noh
Kategori: Mulut
-
Apakah faktor yang menyukarkan peniaga kecil untuk memohon lesen perniagaan?
-
Adakah Kerajaan Negeri sedar bahawa syarat-syarat kelayakan untuk mendapatkan lesen perniagaan terlalu ketat dan tidak sesuai untuk peniaga kecil dan sederhana, terutamanya mereka yang baru ingin memulakan perniagaan?
296) MASALAH DENGGI
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk menangani masalah deman denggi yang sedang meningkat jumlahnya di kawasan Selat Klang khasnya dan di Negeri Selangor amnya?
296) SYARIKAT PENGELUARAN AIR SUNGAI SELANGOR (SPLASH)
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Nyatakan status pengambilalihan SPLASH?
-
Nyatakan jumlah pembelian yang diminta oleh pihak SPLASH bagi penstrukturan semula industri air?
296) RUMAH SELANGORKU
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Nyatakan bilangan Rumah Selangorku yang telah diduduki pada tahun 2023 sehingga kini.
-
Nyatakan projek terbaru Rumah Selangorku di Kuala Langat khususnya di DUN Morib dan namakan syarikat pemajunya.
296) BANTUAN KERAJAAN UNTUK PEMBANGUNAN
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah bantuan kerajaan kepada MDSB untuk pembangunan dari tahun 2020 - 2024.
-
Mohon perincian mengikut tahun.
297) HUTANG KUMPULAN DARUL EHSAN BERHAD (KDEB)
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Apakah status pembayaran pinjaman Kerajaan Negeri sebanyak RM413.2 juta kepada Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) untuk mengambil alih Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB)?
-
Bagaimanakah kerajaan negeri memastikan anak-anak syarikat memenuhi komitmen pembayaran hutang kepada kerajaan? Apakah langkah-langkah disiplin?
297) PROJEK JALAN PINTASAN DARI HOSPITAL SUNGAI BULOH SEHINGGA KAMPUNG SERI INDAH A
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri
Kategori: Mulut
-
Apakah status kemajuan Projek Jalan Pintasan dari Hospital Sungai Buloh sehingga Kampung Seri Indah A?
-
Apakah ada masalah-masalah dalam pelaksanaan projek ini?
-
Bilakah projek ini dijangka siap sepenuhnya?
297) INISIATIF KETERJAMINAN MAKANAN KUALA SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan
Kategori: Bertulis
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam mengembangkan inisiatif keterjaminan makanan seperti Inisiatif Pembangunan Kawasan Sabak Bernam (SABDA) ke Daerah Kuala Selangor khususnya di bawah DUN Jeram?
297) JALAN ROSAK
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
-
Apakah kesulitan yang dihadapi oleh PBT atau JKR untuk menyelesaikan aduan jalan rosak dengan segera?
-
Nyatakan faktor utama jalan-jalan yang telah diturap masih kerap mengalami kerosakan
-
Nyatakan PBT yang telah menubuhkan skuad untuk memantau dan mengesan lokasi jalan rosak
297) KUMPULAN SEMESTA S/B (KSSB)
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
-
Sila kemukakan kedudukan kewangan terkini KSSB?
-
Sila nyatakan berapakah jumlah royalti pasir yang dibayar oleh KSSB kepada KNS dari 2010-2014?
-
Sila senaraikan Nama Ð nama Ahli Lembaga Pengarah KSSB dari 2010-2014 dan gaji ,elaun serta kemudahan yang dinikmati?