295) KUBUR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan kerajaan negeri untuk memastikan tapak kubur adalah mencukupi untuk penduduk Petaling Jaya?
-
Senaraikan semua tapak kubur di Selangor dan kapasitinya.
-
Senaraikan semua tapak kubur yang dalam perancangan untuk dibangunkan.
295) ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah keluasan tanah mengikut pecahan yang telah diberikan kepada anak syarikat kerajaan Negeri Selangor?
-
Nyatakan statistik mengikut pecahan PBT dan apakah jenis pembangunan yang telah dilakukan pada tanah tersebut?
-
Berapakah sumbangan hasil cukai tanah itu kepada Kerajaan Negeri?
295) RUMAH MAMPU MILIK
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan kawasan-kawasan bandar dan pinggir bandar yang telah dibenakan rumah-rumah mampu milik sejak tahun 2008.
-
Senaraikan kawasan-kawasan yang akan dibenakan rumah-rumah mampu milik serta tarikh jangkaan pelancarannya.
-
Apakah rancangan kerajaan negeri dalam pembinaan rumah mampu milik di kawasan Puchong?
295) TANAH YANG TELAH DIUSAHAKAN OLEH FELDA DI SG TENGI SELATAN
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Negeri melalui MB Incorp mengambil tanah yang telah diusahakan Felda seluas 100 ekar di Felda Sg Tengi Selatan. Apakah manfaat yang diperolehi oleh peneroka dari pengambilan tanah tersebut?
-
Mengapa tanah tersebut tidak diagihkan kepada generasi dan peneroka felda?
295) PROGRAM PENCEGAHAN DAN KAWALAN DENGGI
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Bagaimanakah program pencegahan dan kawalan denggi ini dilaksanakan?
-
Berapakah peruntukan untuk melaksanakan program ini?
295) NELAYAN SUNGAI
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah nelayan sungai yang berdaftar di Selangor dari 2008 hingga kini mengikut tahun?
-
Senaraikan bantuan yang diberikan kerajaan negeri kepada nelayan sungai dari 2008 hingga kini mengikut DUN?
295) SEPULUH SEKOLAH TERTINGGI TH SPM 2022 SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
-
Namakan DUN-DUN yang mencatatkan tempat 1-10 di segi TH (Tidak Hadir) SPM.
-
Apakah sebab-sebab terdapat TH di sekolah-sekolah tertentu melebihi 10 jika ada?
295) PENAMATAN PERKHIDMATAN PERKERJA KONTRAK DAN SAMBILAN
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah pekerja kontrak dan sambilan di bawah Kerajaan Negeri Selangor yang ditamatkan perkhidmatannya dan sila nyatakan sebabnya?
296) SAHAM AIR
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini berkenaan saham air rakyat Selangor?
-
Adakah Kerajaaan Negeri akan melaksanakan saham air tersebut?
296) LAMPU LED
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Mulut
-
Apakah peraturan-peraturan yang digubalkan oleh kerajaan negeri terhadap pengusaha dalam memastikan lampu LED yang dipasang bermutu tinggi (gred IP.66)?
-
Adakah sebarang insentif diberi kepada pengusaha yang bersedia memasang lampu LED dalam projek mereka?