295) PELEPASAN KARBON LOJI TENAGA HIJAU SULTAN IDRIS SHAH (SISGE)
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Apakah rasional di sebalik Kerajaan Negeri meluluskan pembangunan Loji Tenaga Hijau Sultan Idris Shah (SISGE) dalam Belanjawan Selangor 2024 yang berpotensi membebaskan karbon dioksida sehingga 4,080 tan sehari?
-
Tidakkah inisiatif ini bertentangan dengan visi mengurangkan 40% pelepasan karbon menjelang 2030?
295) KESESAKAN LALU LINTAS DI PERSIMPANGAN JALAN KUANG
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Mulut
-
Kesesakan lalu lintas di Persimpangan Empat (4) Jalan Kuang, Kg Setia (B149) dan Lorong Melati (B25) berlaku terutama di waktu puncak. Adakah ada perancangan untuk mengambil alih tanah di kawasan persimpangan ini bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas ?
295) PERUMAHAN BAHARU
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya
Kategori: Bertulis
-
Adakah pihak kerajaan bercadang untuk membangunkan kawasan-kawasan perumahan
bahru di luar bandar? Sekiranya ada, dimanakah kawasan yang dirancang oleh kerajaan
untuk dibangunkan? -
Adakah kerajaan bercadang untuk menambah rumah mampu milik di Selangor? Sekiranya
ada, adakah kawasan-kawasan perumahan mampu milik akan turut dibina di kawasan
luar bandar khususnya di DUN Bukit Melawati?
295) PENGKOMERSIALAN HASIL UNISEL
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah pencapaian terkini UNISEL dan pelajarnya untuk mengkomersialkan hasil R&D?
-
Apakah usaha Kerajaan pada tahun 2019 untuk menggalakkan pelajar universiti mengkomersialkan hasil mereka?
295) KUTIPAN HASIL CUKAI
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah terkini hasil kutipan hasil cukai Selangor mengikut daerah sepanjang tahun 2020?
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri Selangor bagi memastikan jumlah kutipan hasil cukai meningkat terutamanya di kawasan luar bandar?
295) PRASARANA DAN KEMUDAHAN AWAM
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah jeti-jeti yang berdaftar (sah) di perairan Negeri Selangor?
-
Adakah kerajaan bersedia untuk membina sebuah jeti baru di Pantai Tanjong Sepat bagi kegunaan nelayan-nelayan?
-
Apakah kerajaan menyediakan peruntukan munasabah untuk membaikpulih dewan orang ramai dan balai raya di kampung-kampung tradisi?
295) ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah keluasan tanah mengikut pecahan yang telah diberikan kepada anak syarikat kerajaan Negeri Selangor?
-
Nyatakan statistik mengikut pecahan PBT dan apakah jenis pembangunan yang telah dilakukan pada tanah tersebut?
-
Berapakah sumbangan hasil cukai tanah itu kepada Kerajaan Negeri?
295) KUBUR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan kerajaan negeri untuk memastikan tapak kubur adalah mencukupi untuk penduduk Petaling Jaya?
-
Senaraikan semua tapak kubur di Selangor dan kapasitinya.
-
Senaraikan semua tapak kubur yang dalam perancangan untuk dibangunkan.
295) RUMAH MAMPU MILIK
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan kawasan-kawasan bandar dan pinggir bandar yang telah dibenakan rumah-rumah mampu milik sejak tahun 2008.
-
Senaraikan kawasan-kawasan yang akan dibenakan rumah-rumah mampu milik serta tarikh jangkaan pelancarannya.
-
Apakah rancangan kerajaan negeri dalam pembinaan rumah mampu milik di kawasan Puchong?
295) TANAH YANG TELAH DIUSAHAKAN OLEH FELDA DI SG TENGI SELATAN
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
-
Kerajaan Negeri melalui MB Incorp mengambil tanah yang telah diusahakan Felda seluas 100 ekar di Felda Sg Tengi Selatan. Apakah manfaat yang diperolehi oleh peneroka dari pengambilan tanah tersebut?
-
Mengapa tanah tersebut tidak diagihkan kepada generasi dan peneroka felda?