294) PROGRAM INTENSIF GOLONGAN NELAYAN
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
-
Apakah kerajaan negeri menyediakan program intensif untuk meningkatkan pendapatan golongan nelayan di Selangor?
-
Senaraikan program bantuan yang telah dilaksanakan kepada golongan nelayan pada tahun 2014?
294) PEMBANGUNAN BOLA SEPAK SETEMPAT
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan
Kategori: Bertulis
-
Senaraikan bantuan dan insentif yang disediakan Kerajaan Negeri untuk pembangunan sukan bola sepak khususnya kelab-kelab lokal setempat di DUN Jeram yang memerlukan suntikan dana pengurusan dan latihan.
294) PENYELENGGARAAN LAMPU JALAN
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Terdapat banyak lampu jalan yang tidak berfungsi di waktu malam. Apakah tindakan pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa yang berkenaan seperti JKR dan TNB bagi memastikan lampu jalan yang telah dipasang lampunya sentiasa menyala pada waktu malam?
294) PROJEK RIVER OF LIFE (ROL)
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini projek tersebut?
-
Nyatakan peranan Kerajaan Negeri dalam memastikan kejayaan ROL
294) MASALAH PENGANGGURAN DI SELANGOR
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
-
Apakah status terkini kadar pengangguran di Selangor dan taburannya mengikut daerah?
-
Apakah langkah kerajaan negeri mengatasi masalah ini?
-
Bagaimanakah kerajaan negeri dapat memastikan kerjasama pihak swasta dan anak syarikat kerajaan dalam mengatasi masalah ini?
294) USAHAWAN BAHARU DAN KREATIF
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya
Kategori: Bertulis
-
Adakah terdapat data yang menunjukkan jumlah usahawan yang telah menceburi
ekonomi baharu dan kreatif di Selangor? Sekiranya ada, apakah bentuk ekonomi baharu
dan kreatif yang diusahakan di Selangor? -
Apakah terdapat apa-apa perancangan daripada kerajaan negeri atau agensi-agensi
kerajaan dalam usaha untuk mendedahkan usahawan di luar bandar untuk menggunakan digitalisasi
sebagai medium perniagaan? Sekiranya ada, apakah perancangan-perancangan tersebut?
294) KAKITANGAN PBT
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah kakitangan PBT masing-masing mengikut jabatan dan jenis pengambilan (kontrak/tetap)
294) JUPEM DAN PEMBERIAN FINAL TITLE DI BAWAH SEKSYEN 396 DAN 83 KANUN TANAH NEGARA
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Apakah peranan yang dimainkan oleh JUPEM dalam memberi kelulusan kepada pemberian Final Title di bawah seksyen 396 dan 83 Kanun Tanah Negara serta berapa banyak pemprosesan yang masih tertunggak disebabkan oleh kerja-kerja yang masih belum disiapkan di peringkat JUPEM?
294) KEMATIAN JALANRAYA YANG MELIBATKAN PEMANDU MABUK
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah statistik kes di Negeri Selangor daripada 3 tahun terdahulu sehingga kini?
-
Apakah usaha perancangan Kerajaan Negeri di dalam menangani isu ini di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri?
294) TANAH KERAJAAN ANAK-ANAK SYARIKAT DAN BADAN BERKANUN
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah keluasan tanah yang dimiliki oleh Menteri Besar Incorporated (MBI), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Yayasan Selangor serta subsidiari-subsidiari mereka?
-
Berapakah peratus di antaranya tidak menjana pendapatan mengikut anak- syarikat/badan berkanun tersebut?