292) PEMBANGUNAN TANAH & SUMBER ALAM
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari
Kategori: Bertulis
-
Bagaimana Kerajaan Negeri menguruskan sumber alam dengan mapan?
-
Apakah langkah-langkah khusus yang diambil atau projek pemuliharaan yang dirancang untuk memastikan kelestarian sumber alam di DUN Selat Klang?
292) PEMASANGAN TIANG LAMPU JALAN
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
-
Apakah Kerajaan Negeri akan menambahkan lagi jumlah pemasangan tiang lampu jalan pada tahun ini?
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri bagi meningkatkan lagi pencahayaan jalan ke Pangsapuri Idaman Bandar Saujana Putra?
293) PERJANJIAN PERDAGANGAN BEBAS
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
CPTPP menawarkan bantuan TACB bagi membantu meningkatkan keupayaan eksport PKS. Apakah Kerajaan Negeri telah mengenalpasti PKS di Negeri Selangor yang bersesuaian bagi menerima TACB dan apakah kriteria yang digunakan dalam proses pemilihan PKS?
293) RUMAH IBADAT SELAIN ISLAM
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
-
Nyatakan peruntukan Rumah Ibadat Selain Islam bagi tahun 2015 yang telah digunakan mengikut jenis rumah ibadat.
-
Adakah Kerajaan Negeri bercadang memperuntukkan sejumlah wang untuk membayar elaun bulanan pusari di kuil yang berdaftar? Jika tidak, nyatakan sebabnya
293) JETI MEMANCING BATU HAMPAR JUGRA
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor ada perancangan untuk menambah baik kawasan memancing, membina jeti, lampu dan menyediakan tempat rehat berbumbung serta tandas awam untuk kegunaan para pemancing serta pelancong yang datang ke Batu Hampar dan Bukit Jugra?
293) MASALAH KOMPAUN SAMAN PARKING DI TAMAN ORKID (ALAM JAYA) DUN DUSUN TUA
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz
Kategori: Mulut
-
Mengapa penduduk disaman kompoun kerana parking di dalam kawasan rumah kedai? Penduduk menghuni unit rumah diatas kedai dan tiada parking khusus.
-
Majoriti penghuni adalah warga emas dan tiada pendapatan tetap. Harap PBT dapat mengambil langkah menyelesaikan isu ini.
293) PEMBINAAN JALAN DUAL CARRIEGE – PERSIARAN CAKERAWALA
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan bercadang untuk pembinaaan dual carriege seperti di bangkitkan dalam sidang yang lepas ?
293) PENDATANG TANPA IZIN (PATI)
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Bertulis
-
Nyatakan jumlah jumlah tangkapan mengikut daerah, yang telah dibuat sepanjang tahun 2020 - 2023.
-
Strategi kerajaan negeri menanganinya?
293) PERSATUAN BOLA SEPAK MELAYU SELANGOR (PBSMS)
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
-
Apakah jenis bantuan dan jumlah yang diberikan kepada PBSMS?
-
Adakah PBSMS menyumbang kepada mutu peningkatan bola sepak Selangor?
293) MASALAH SOSIAL REMAJA
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz
Kategori: Mulut
-
Berapakah jumlah kes gejala sosial melibatkan remaja yang direkodkan di DUN Semenyih diantara tahun 2018-2023?
-
Mohon dibuat perbandingan mengikut jenis kes.