291) SYIAH DI SELANGOR
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Mulut
-
Ajaran agama Islam di Malaysia seharusnya berpaksikan fahaman Ahlul Sunnah Wal Jamaah berbanding fahaman seperti Syiah yang menyimpang. Apakah perincian penyimpangan ajaran syiah tersebut berbanding Ahlul Sunnah Wal Jamaah?
-
Bagaimanakah status penularan ajaran syiah ini di Selangor?
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk mencegah dan membendung penularan ajaran ini?
291) KILANG HARAM
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
-
Nyatakan jumlah terkini kilang haram yang masih wujud di Selangor?
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri ke atas kilang haram ini?
291) INFRASTRUKTUR SUKAN DAN BAKAT BELIA
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya
Kategori: Bertulis
-
Adakah kerajaan bercadang untuk membaik pulih infrastruktur gelanggang sukan yang
terdapat di dalam negeri? Sekiranya ya, berapakah jumlah peruntukan yang akan
diagihkan untuk membaik pulih gelanggang sukan yang uzur dan daif di Bukit Dun
Melawati? -
Sehingga ke hari ini, berapakah peruntukan yang telah digunakan oleh pihak kerajaan
dalam membantu program pencarian bakat sukan khususnya di kawasan desa?
291) PELANCONGAN PENDIDIKAN
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Adakah lambakan kolej-kolej swasta di negeri Selangor membantu menambahkan jumlah pelancongan di negeri ini?
-
Berapakah anggaran ketibaan pelancong dari pelancongan pendidikan?
291) KEMUDAHAN AWAM
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor untuk menyelesaikan aduan rakyat berhubungan dengan jalan dan longkang yang tidak diselenggara dengan sempurna serta tidak mengikut jadual yang ditetapkan?
291) LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA TAHUN 2012 (NEGERI SELANGOR, SIRI 1)
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Pihak Audit mendapati bahawa Selangor State Investment Center Berhad (SSIC) tidak mempunyai maklumat yang lengkap berkaitan dengan lokasi perindustrian. Apakah langkah-langkah penambaikan yang telah dilaksanakan?
-
Adakah kerajaan negeri telah menyediakan sistem maklumat pelaburan berpusat yang komprehensif?
291) HAK AGAMA BUKAN ISLAM
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Selain Islam
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Bertulis
-
Sila bekalkan semua Standard Operating Procedure (SOP) yang berkenaan untuk Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) apabila JAIS melakukan serbuan ataupun operasi di kawasan agama selain daripada Islam.
-
Jika tiada SOP, sila jelaskan sebab-sebab kelewatan mewujudkan SOP walaupun telah lama dijanji.
291) JAMINAN BEKALAN MAKANAN
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha-usaha Kerajaan Negeri Selangor untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan makanan mentah tertentu seperti ayam, sayur-sayuran dan sebagainya?
-
Apakah usaha-usaha anak-anak syarikat kerajaan negeri seperti PKPS dan lain-lain dalam membantu meningkatkan bekalan makanan mencukupi untuk keperluan rakyat Selangor?
291) TAHAP LITERASI AL QURAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Borhan Bin Aman Shah
Kategori: Mulut
-
Apakah status tahap literasi Al-Quran bagi mereka yang beragama Islam di Negeri Selangor?
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk meningkatkan kadar tahap literasi Al-Quran Negeri Selangor ?
291) PROJEK PENSWASTAAN YANG DIMETERAI OLEH PKNS
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah projek penswastaan yang telah dimeterai oleh PKNS dan jumlah pulangan yang dijangka? Senaraikan perjanjian penswastaan yang gagal dan syarikat-syarikat yang terlibat dan apakah tindakan selanjutnya?