291) AKHBAR SELANGOR KINI
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Nyatakan secara terperinci perbelanjaan bagi menerbitkan akhbar Selangor Kini pada tahun 2014 dan 2015?
-
Nyatakan nama, alamat dan pemilik syarikat yang dilantik untuk mencetak dan mengedarkan akhbar tersebut?
291) PUSAT PANDU BUANG SAMPAH MERU INDAH INDUSTRI
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Berapakah kompaun dan tangkapan dibuat kepada pesalah selepas notis penutupan?
-
Apakah halangan perobohan struktur binaan terbiar tersebut?
-
Adakah ada pelan alternatif mengkomersialkan pada struktur binaan yang di tinggal sejak 2008?
291) SYIAH DI SELANGOR
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Mulut
-
Ajaran agama Islam di Malaysia seharusnya berpaksikan fahaman Ahlul Sunnah Wal Jamaah berbanding fahaman seperti Syiah yang menyimpang. Apakah perincian penyimpangan ajaran syiah tersebut berbanding Ahlul Sunnah Wal Jamaah?
-
Bagaimanakah status penularan ajaran syiah ini di Selangor?
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk mencegah dan membendung penularan ajaran ini?
291) MASALAH VANDALISME PADANG CERGAS DI SETIAP PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
-
Sila menyatakan kos pembinaan untuk sebuah Padang Cergas Di tiap-tiap PBT
-
Sila menyatakan jumlah vandalisme berlaku di tiap-tiap PBT sejak Projek ini dijalankan
-
Sehingga Bulan Februari 2017 berapa wang dibelanjakan untuk membuat kerjakerja baik pulih
291) TUNTUTAN PAMPASAN OLEH MANGSA KEJADIAN TANAH RUNTUH DARIPADA SYARIKAT INSURANS
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Yew Jia Haur
Kategori: Mulut
-
Sehubungan dengan permohonan pampasan kerugian kewangan mangsa kejadian tanah runtuh di Bukit Permai 2 ditolak syarikat insurans, setelah menunggu keputusan selama satu tahun setengah, adakah Kerajaan Negeri Selangor akan mempertimbangkan untuk memberikan pampasan kepada mereka yang terbabit?
291) LAWATAN KERJA RASMI KERAJAAN NEGERI KE JERMAN
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan
Kategori: Bertulis
-
Susulan lawatan kerja rasmi Kerajaan Negeri ke Jerman bermula 19 April 2024, apakah butiran kejayaan ekonomi yang telah diraih termasuk Pelaburan Langsung Asing (FDI) yang dibawa masuk ke Negeri Selangor hasil daripada lawatan ini?
-
Sektor manakah yang menerima manfaat terbesar daripada lawatan ini?
291) KEMUDAHAN AWAM
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Mulut
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor untuk menyelesaikan aduan rakyat berhubungan dengan jalan dan longkang yang tidak diselenggara dengan sempurna serta tidak mengikut jadual yang ditetapkan?
291) PEMANDU MABUK
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah dasar Kerajaan Negeri Selangor terhadap pemandu-pemandu kenderaan mabuk yang menyebabkan kematian dan kemalangan jalan raya di Negeri Selangor?
291) BANTUAN ANAK ISTIMEWA SELANGOR (ANIS)
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
-
Berapakah bilangan pendaftaran Bantuan Anak Istimewa Selangor (AnIS) sejak pendaftaran dibuka?
291) INFRASTRUKTUR SUKAN DAN BAKAT BELIA
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya
Kategori: Bertulis
-
Adakah kerajaan bercadang untuk membaik pulih infrastruktur gelanggang sukan yang
terdapat di dalam negeri? Sekiranya ya, berapakah jumlah peruntukan yang akan
diagihkan untuk membaik pulih gelanggang sukan yang uzur dan daif di Bukit Dun
Melawati? -
Sehingga ke hari ini, berapakah peruntukan yang telah digunakan oleh pihak kerajaan
dalam membantu program pencarian bakat sukan khususnya di kawasan desa?