289) PERKHIDMATAN BAS PERCUMA
Tahun: 2014
Sesi: 1
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah status perlaksanaan perkhidmatan bas percuma oleh setiap PBT?
-
Apakah cadangan jangka masa pendek untuk ia diperkembangkan untuk tahun 2014?
-
Apakah cadangan jangka masa panjang untuk ia diperkembangkan?
289) PEMBAYARAN LUAR JANGKA
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Bin Ali
Kategori: Bertulis
-
Implikasi kewangan bagi pembayaran luar jangka yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri bagi menampung penyelesaian kes-kes mahkamah untuk tahun 2023 dan 2024 mencecah hampir RM160 juta. Nyatakan status pembayaran yang telah diselesaikan mengikut kes.
289) GOLONGAN BANKRAP SELANGOR
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
-
Berapakah ramai orang bankrap sejak tahun 2020 hingga kini?
-
Berapa ramai rakyat Selangor telah dibebas bankrap bawah Dasar Peluang Kedua?
-
Bagaimana Kerajaan Negeri membantu untuk mengurangkan masyarakat yang terkurung dalam masalah ekonomi hingga bankrap?
289) NAIKTARAF FASILITI SUKAN AWAM
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah kos yang telah dikeluarkan dan jumlah gelanggang futsal atau fasiliti sukan lain yang telah dibaikpulih oleh pihak Kerajaan Negeri setakat hari ini?
289) LESEN PERNIAGAAN PREMIS MAKANAN
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Mulut
-
Berapa jumlah lesen perniagaan premis makanan yang dikeluarkan di kawasan Kota Damansara dari Januari 2014 hingga Jun 2015?
-
Senaraikan premis makanan yang belum mempunyai lesen perniagaan di Kota Damansara?
-
Apakah tindakan bagi premis makanan yang tidak mempunyai lesen perniagaan?
290) PERSEDIAAN MENGHADAPI BANJIR
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya
Kategori: Bertulis
-
Adakah kesiapsiagaan aset-aset agensi berada di tahap yang tertinggi bagi menghadapi musim peralihan monsun dan juga banjir yang akan datang?
-
Apakah terdapat apa-apa perancangan daripada Kerajaan Negeri atau agensi-agensi kerajaan dalam mendepani isu banjir di seluruh kawasan ‘hot-spot' banjir di seluruh Selangor? Sekiranya ada, apakah perancangan-perancangan tersebut?
290) LEBUHRAYA KIDEX
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Apakah pendirian Kerajaan Negeri status Lebuhraya KIDEX setelah pelaksanaan Pelan Induk Pengangkutan Awam dilaksanakan?
-
Apakah pandangan Kerajaan Negeri mengenai projek pembinaan lebuhraya baru yang lain seperti DASH, SKIP, EKVE dan SUKE yang dalam perancangan untuk dibina?
290) MASJID PENGURUSAN
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz
Kategori: Mulut
-
Adakah pihak Kerajaan Negeri bercadang untuk menambah bilangan masjid pengurusan berbanding masjid kariah di Selangor?
-
Sejauh mana prestasi pengurusan dan pentadbiran masjid pengurusan berbanding dengan masjid kariah?
290) PROJEK PENGINDAHAN DAN MEMAJUKAN PEKAN PELABUHAN KLANG
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
-
Bilakah pihak Majlis Perbandaran Klang akan memajukan pekan Pelabuhan Klang kerana sehingga kini tiada apa-apa perkembangan walaupun setelah 4 kali perkara ini dibangkitkan di dalam Sidang Dewan Negeri Selangor sebelum ini?
290) KUALITI CAT
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri menetapkan ciri-ciri dan kualiti tertentu kegunaan cat bagi projek seperti skim ceria dan kemudahan-kemudahan awam seperti dewan serbaguna?