289) STATUS PELAKSANAAN MANIFESTO PRN SELANGOR 2023
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin
Kategori: Mulut
-
Berkaitan pelaksanaan manifesto semasa PRN Selangor 2023 (kos sara hidup dan keterjaminan makanan), berapa kerapkah JER boleh diadakan mengikut DUN?
-
Apakah insentif yang sedang diusahakan bagi mencapai keselamatan makanan, melahirkan lebih banyak agropeneur muda dan pembangunan industri laut di SABDA?
289) PENULARAN WABAK DENGGI
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah punca-punca yang telah dikenal pasti sehingga menyebabkan berlakunya peningkatan kes denggi di Selangor?
-
Apakah tindakan drastik yang telah dilaksanakan bagi mengatasi penularan wabak denggi di negeri Selangor dan apakah jaminan keberkesanannya bagi memastikan tidak berulang
289) PROJEK-PROJEK YANG DIUMUM DI UCAPAN BAJET 2016
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Apakah perkembangan terkini penubuhan Majlis Perundingan Smart Selangor? Huraikan
-
Apakah perkembangan terkini penubuhan pusat pengurusan aduan (central call management centre)? Huraikan
-
Apakah status terkini penyenaraian Permatang Kuarza Gombak Selangor (PKGS) sebagai Tapak Warisan Negara dan seterusnya Tapak Warisan Dunia?
289) BANGUNAN YAYASAN SELANGOR DI BUKIT BINTANG
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
-
Apakah status projek baik pulih ke atas Bangunan Yayasan Selangor di Bukit Bintang, Kuala Lumpur?
-
Apakah perancangan Yayasan Selangor setelah projek baik pulih tersebut dilaksanakan untuk mendapat pulangan pendapatan kepada Yayasan Selangor?
289) MEMANDANGKAN KEMELESETAN EKONOMI DI NEGERI SELANGOR ?
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor bersedia untuk menambah air percuma kepada seluruh rakyat di Negeri Selangor supaya meringankan beban rakyat?
289) LANGKAH-LANGKAH KERAJAAN BAGI YANG TIDAK MELUNASKAN BAYARAN PENYELENGGARAAN
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Mulut
-
Apakah langkah-langkah kerajaan terhadap pemilik-pemilik rumah bertingkat yang tidak melunaskan bayaran penyelenggaraan sehingga menyumbang kepada kegagalan tertubuhnya 'Joint Management Body' di sesebuah perumahan.
289) TEROWONG KE MATANG PAGAR & TAMAN IMPIAN INDAH
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Dr. Halim Bin Tamuri
Kategori: Mulut
-
Bilakah kerja baik pulih Terowong Matang Pagar - Taman Impian Indah dimulakan?
-
Apakah status semasa baik pulih yang telah dilakukan bagi mengatasi kerosakan jalan di terowong tersebut?
-
Apakah status kemajuan cadangan laluan khas untuk kegunaan lori-lori kuari?
289) RIZAB KEWANGAN NEGERI UNTUK PEMBANGUNAN BANDAR PUNCAK ALAM
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan
Kategori: Bertulis
-
Berdasarkan kalendar kewangan terkini, apakah status rizab kewangan bagi Negeri Selangor?
-
Dengan purata peningkatan rizab berada pada tahap 10.24% setakat Mei 2024, bolehkah Kerajaan Negeri mempertimbangkan untuk memperuntukkan sebahagian daripada lebihan rizab ini bagi tujuan pembangunan dan penambahan fasiliti awam khasnya di Bandar Puncak Alam?
289) KUALITI PERMUKAAN JALAN RAYA
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah tahap pelaksanaan saranan JP-PBT berkenaan kualiti jalan raya beberapa tahun yang lalu yang diluluskan di dalam sidang Dewan?
-
Untuk saranan yang tidak dilaksanakan setakat ini, mengapa?
289) SKIM AIR DARUL EHSAN (SADE)
Tahun: 2020
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
-
Adakah kerajaan negeri akan menurunkan tarif air yang dibekalkan setelah mengehadkan penerima air percuma 20m3 kepada golongan b40 sahaja?
-
Adakah kerajaan negeri berhasrat untuk memberikan potongan bayaran bil air kepada rakyat yang terjejas akibat perintah kawalan pergerakan akibat covid-19?