288) PEMBANGUNAN EKONOMI DIGITAL
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari
Kategori: Mulut
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri dalam memajukan ekonomi digital yang akan memberi impak kepada peniaga di Selat Klang?
-
Apakah sokongan yang disediakan untuk peniaga kecil beralih ke platform digital terutama dalam AI?
288) PENGOREKAN PASIR LAUT
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
-
Kegiatan mengorek pasir laut yang tidak pernah dilesenkan di muara Sungai Langat dilaporkan telah menjejaskan pendapatan para nelayan di Kuala Langat. Apakah tindakan yang telah dan akan diambil untuk mengawal kegiatan ini?
288) SKIM INSURANS HAYAT SELANGOR (INSAN)
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya
Kategori: Bertulis
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk memperluaskan liputan Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN) merangkumi insiden seperti bencana banjir dan kebakaran?
288) LAMPU ISYARAT JALAN KIM CHUAN/ JALAN BATU UNJUR
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
-
Adakah JKR akan menukar semua lampu isyarat dan kabel di sepanjang Jalan Kim Chuan/ Jalan Batu Unjur memandangkan sering berlaku kerosakan kabel dan lampu isyarat?
288) KUMPULAN SEMESTA SDN. BHD. (KSSB)
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
-
Nyatakan prestasi kewangan KSSB dari tahun 2014-2017?
-
Berapakah jumlah dividen yang dibayar oleh KSSB kepada Kerajaan Negeri bagi tempoh tersebut?
289) NAIKTARAF FASILITI SUKAN AWAM
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Dato' Noorazley Bin Yahya
Kategori: Bertulis
-
Berapakah jumlah kos yang telah dikeluarkan dan jumlah gelanggang futsal atau fasiliti sukan lain yang telah dibaikpulih oleh pihak Kerajaan Negeri setakat hari ini?
289) EAST COAST RAIL LINE (ECRL)
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah Kerajaan Negeri dimaklumkan tentang rancangan Kerajaan Persekutuan berkenaan sebahagian East Coast Rail Line (ECRL) di Negeri Selangor?
-
Adakah Kerajaan Negeri ada maklumat tentang ECRL fasa kedua yang menghubungi ITT Gombak-Pelabuhan Klang?
-
Apakah pendirian Kerajaan Negeri terhadap projek ini?
289) ISU PEMANDUAN LORI TANAH DI JALAN RAYA YANG MEMBAHAYAKAN KESELAMATAN PENGGUNA JALAN RAYA
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan kerajaan apabila banyak kes kemalangan maut akibat lori tanah terutamanya di kawasan Olak Lempit, Labohan Dagang dan Putra Perdana?
-
Bagaimanakah cara untuk menghentikan aktiviti lori ini dengan pemanduan yang sangat bahaya?
289) LESEN PERNIAGAAN PREMIS MAKANAN
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan
Kategori: Mulut
-
Berapa jumlah lesen perniagaan premis makanan yang dikeluarkan di kawasan Kota Damansara dari Januari 2014 hingga Jun 2015?
-
Senaraikan premis makanan yang belum mempunyai lesen perniagaan di Kota Damansara?
-
Apakah tindakan bagi premis makanan yang tidak mempunyai lesen perniagaan?
289) KOS SARA HIDUP
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Muhaimin Harith Bin Abdullah Sani
Kategori: Mulut
-
Apakah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor menangani isu kenaikan kos sara hidup di Selangor untuk tahun 2023 Dan 2024?
-
Apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi memastikan barangan keperluan asas mencukupi untuk rakyat Negeri Selangor?