288) KEROSAKAN KEMUDAHAN DAN BANGUNAN PASAR BESAR KLANG JALAN MERU
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
-
Susulan lawatan wakil YAB MB dan EXCO, apakah status terkini tindakan aduan pelbagai kerosakan bangunan, kemudahan dan pengurusan?
-
Berapa kos dan apakah kerja-kerja baikpulih tersebut?
-
Bilakah kerja-kerja akan bermula?
288) Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC)
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Berapakah pelajar di STDC sekarang?
-
Berapakah peratus pelajar yang masuk berjaya habis kursus pengajiannya?
-
Adakah pihak STDC membuat kajian tentang peningkatan pendapatan graduan STDC?
288) RUMAH REHAT KUALA SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Mulut
-
Sejauh manakah rumah rehat yang berada di atas Bukit Malawati akan terus terbiar dan mencacatkan pemandangan kepada pelancong-pelancong?
-
Nyatakan perancangan masa depan rumah rehat tersebut?
288) PERPARITAN
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Rosnizan Bin Ahmad
Kategori: Mulut
-
Adakah Kerajaan Negeri akan menaik taraf sistem perparitan di sepanjang Jalan Sultan Alam Shah, Kanchong Darat yang diketahui sepanjang jalan itu banyak kedai dan gerai makan yang memerlukan sistem saliran yang baik agar aliran air mengalir dengan baik dan lancar?
288) PEMBANGUNAN
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Ir. Haji Mohd Haslin Bin Hassan
Kategori: Mulut
-
Apakah rancangan dan usaha kerajaan dalam membangunkan zon utara Selangor dengan pembangunan ekonomi dan fizikal?
-
Adakah kerajaan bercadang untuk membina jambatan kedua yang menghubungkan Sg. Air Tawar dan Hutan Melintang dan bila akan dilaksanakan?
288) PROJEK PEMBINAAN PAKEJ A SKIM JAMINAN AIR MENTAH (SJAM)
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan
Kategori: Bertulis
-
Merujuk kepada Penyata Jawatankuasa Pilihan Khas INFRAGRO ke-15 tahun 2024 berhubung Projek Pembinaan Pakej A Skim Jaminan Air Mentah (SJAM), apakah status semasa pelaksanaan projek tersebut?
-
Berdasarkan status semasa, adakah projek tersebut akan dapat disiapkan menjelang tarikh jangka siap yang ditetapkan iaitu 31 Ogos 2024?
-
Apakah jaminan Kerajaan Negeri dalam memastikan projek ini tidak selesai lewat atau ditangguhkan berulang kali?
288) PENYELENGGARAAN BANGUNAN AWAM
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
-
Semenjak kerajaan baru mengambil alih tampuk pemerintahan Negeri Selangor pada tahun 2008, didapati bangunan awam seperti dewan, balai raya dan surau terutama di kampung-kampung tidak di selenggara secara berkala dan berlaku banyak kerosakan yang menggagalkan fungsi bangunan tersebut. Berapakah bajet tahunan diperuntukkan oleh pihak Kerajaan Negeri untuk menyelenggarakan bangunan awam seperti dewan, balai raya dan surau?
-
Apakah prosedur yang diguna pakai oleh pihak kerajaan negeri sebelum suatu bangunan awam terutama di kampung-kampung tersebut dinilai dan diputuskan memerlukan selenggaraan.
288) PROGRAM TUISYEN PERCUMA ATAS TALIAN
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Dato' Harrison Bin Hassan
Kategori: Bertulis
-
Setelah RM10 juta dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri untuk menjalankan program tuisyen percuma secara atas talian kepada rakyat Selangor, berapakah peratusan pelajar yang telah melanggan program ini khususnya di DUN Jeram?
-
Sejauh manakah keberkesanan boleh-ukur bagi program tuisyen ini terhadap murid-murid yang menyertainya sehingga hari ini?
288) RUMAH TERBIAR
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
-
Apakah tindakan Kerajaan setakat ini terhadap rumah terbiar di 1283 Jln 17/31 Petaling Jaya?
-
Apakah tindakan susulan supaya masalah ini diatasi?
-
Adakah Kerajaan bercadang untuk merampas tanah ini kerana terbiar untuk lebih 5 tahun?
288) INSTITUSI MASJID & SURAU
Tahun: 2020
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
-
Apakah usaha Kerajaan untuk memperkasa pentadbiran serta urus tadbir Masjid dan Surau yang baik?
-
Apakah bantuan-bantuan yang disalurkan kepada Masjid dan Surau?